Harian Metro

Sri Lanka gagal cari tukang gantung

-

Jabatan penjara Sri Lanka masih gagal mencari tukang gantung untuk melaksanak­an hukuman mati di penjara negara itu walaupun iklan jawatan terbabit sudah diterbitka­n sejak tahun lalu.

Presiden Sri Lanka, Maithripal­a Sirisena, bertekad melaksanak­an hukuman mati selepas mendapat inspirasi daripada keberkesan­an operasi memerangi dadah di Filipina.

Sirisena berkata, moratorium terhadap hukuman mati selama 42 tahun di negara itu akan berakhir dua bulan lagi dan hukuman pertama akan dijalankan terhadap pesalah dadah.

“Saya berharap untuk melaksanak­an hukuman gantung pertama dalam tempoh satu atau dua bulan lagi dan merayu kepada pertubuhan hak asasi supaya tidak memberi tekanan berhubung keputusan ini,” katanya.

Penjenayah di Sri Lanka dikenakan hukuman mati atas kesalahan membunuh, merogol dan jenayah berkaitan dadah namun sehingga kini hukuman mereka ditukar kepada penjara seumur hidup.

Sirisena yang berkunjung ke Filipina bulan lalu berkata, beliau mahu meniru strategi tegas Presiden Rodrigo Duterte menangani jenayah dadah. - AFP

 ??  ?? SIRISENA
SIRISENA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia