Harian Metro

LAKONAN MIRA SEMAKIN MANTAP

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Selepas drama Mr Grey, sekali lagi nama pelakon Fendy Bakry menjadi sebutan menerusi drama Kanku

Kejar Cinta Kamu (KKCK) yang ditayangka­n di saluran Astro Ria barubaru ini.

Populariti yang diraih melonjakka­n nama Fendy, 31, atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri hingga menjadi rebutan stesen televisyen dan penerbit drama tempatan.

Malah, sambutan diterima Fendy itu sekali gus menepis stigma segelintir peminat drama Melayu yang sebelum ini lebih cenderung menerima hero berwajah‚‘jambu‚’ dan berkulit cerah.

Siapa sangka Fendy yang berkulit hitam manis mampu menambat hati peminat bukan saja dengan personalit­i dimiliki tetapi berbekalka­n bakat lakonan yang ada.

“Alhamdulil­lah, inilah yang dikatakan rezeki. Mungkin pihak stesen TV dan penerbitan inginkan kelainan. Barangkali mereka tak mahu orang sama jadi hero. Pada masa sama, mungkin juga pelakon lelaki berkulit gelap tak ramai yang boleh dipilih untuk melakonkan watak utama.

“Diakui pada awal kemunculan saya kecewa kerana tak pernah dipilih menjadi hero. Namun, saya tak pernah putus asa dengan memberikan lakonan terbaik. Alhamdulil­lah, akhirnya usaha saya membuahkan hasil. Lakonan aktres jelita Mira Filzah menerusi drama Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan yang melabuhkan tirai bulan lalu mendapat pujian ramai.

Apa tidaknya, rata-rata peminat menyukai keserasian yang wujud antara Mira dan aktor Remy Ishak hingga ramai berpendapa­t lakonan pelakon itu bertambah baik.

Bersyukur dengan segala pujian, Mira berkata persembaha­nnya menunjukka­n peningkata­n positif disebabkan dua naskhah terbabit.

“Tidak dinafikan, sepanjang drama itu bersiaran saya menerima banyak maklum balas positif. Saya juga akui perubahan itu.

“Saya tiada asas dalam bidang ini atau pernah mengikuti sebarang pengajian lakonan. Apa yang saya tonjolkan selama ini adalah menerusi pengalaman yang ditimba.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia