Harian Metro

Harapkan naskhah lebih mencabar

-

DARI MUKA 38

“Saya sangat bersyukur apabila ramai nampak perubahan dalam drama yang dibawakan kali ini tapi secara peribadi saya rasa lakonan saya bertambah baik disebabkan drama berkenaan.

“Mungkin selama ini saya tidak mendapat naskhah yang mampu menguji kemampuan.

Jadi, selepas ini saya mengharapk­an diberikan naskhah berbeza dan lebih mencabar‚” katanya.

Siapa sangka, meskipun namanya kini sangat popular, Mira enggan terlalu memikirkan perkara itu sebaliknya memilih untuk fokus terhadap kualiti dan terus mengasah bakat.

“Saya memasang impian memenangi anugerah hasil pilihan juri.Bagi saya, apabila kita menjiwai lakonan dengan berkesan, populariti akan datang dengan sendirinya.

“Alhamdulil­lah, permulaan 2019 berjalan dengan baik. Ada yang bertanya kenapa tahun lalu kurang berlakon drama, sebenarnya saya terikat dengan beberapa komitmen lain seperti mengacarak­an program Nona serta bergerak aktif sebagai ‘influencer’.

PADAM KOMEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia