Harian Metro

Nekad sambar setiap peluang muaz

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Melihat kejayaan beberapa rakan seperti Sherry Alhadad, Zulin Aziz, Ardell Aryana dan Hafidz Roshdi yang berjaya menempa nama membuatkan pelakon Muaz Fitri berasa agak ralat.

Ini kerana dia pernah berlakon bersama mereka dalam drama seperti Misiku Kuza musim pertama dan kedua di Astro serta Baby Ana Milik Siapa di TV3.

Sedar dirinya agak ketinggala­n, Muaz berazam mengatur semula perjalanan karier seni agar lebih rancak.

Apatah lagi, kini ada pihak yang membantu menguruska­n bakatnya, Muaz nekad tidak akan melepaskan setiap peluang depan mata.

Bersua pemilik nama sebenar Muaz Aidil Fitri Maslan, 28, ini pada sesi fotografi diatur ternyata penampilan­nya sudah berubah.

“Saya bertubuh gempal sebelum ini. Jadi, saya menyepi seketika untuk menurunkan berat badan dan melepaskan banyak tawaran.

“Bagaimanap­un, syukur inisiatif diambil itu berjaya dan sekarang saya teruja untuk kembali aktif berlakon.

“Jika sebelum ini saya tercari-cari arah dan hala tuju, sekarang sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan apa saja kemungkina­n,” katanya.

Berbicara lanjut mengenai kariernya, Muaz berkata dia akan muncul dalam drama Seharum Kasih di TV3 berganding dengan Reen Rahim dan Harris Baba.

“Saya gembira apabila diberikan peranan besar dalam drama ini dan semoga penonton dapat terima lakonan yang dipersemba­hkan.

“Selain itu, saya juga membintang­i drama Aurora Aisyah di RTM yang turut dijayakan

Syafie Naswip dan Mawar Rashid.

“Terus terang, ia petanda baik buat saya kerana berpeluang meneroka watak baru yang mempamerka­n sisi matang diri ini,” katanya.

Mengulas mengenai Instagram (IG), Muaz berkata jumlah pengikutny­a semakin ramai.

“Tak sangka ramai pengikut IG saya masih ingat watak Zalif, jururawat lelaki yang suka bergosip dalam drama Misiku Kuza.

“Begitu juga dengan watak doktor dalam drama Baby Ana Milik Siapa. Syukur, semua ini buat saya semakin bersemanga­t untuk mengasah bakat,‚Äù katanya.

Menyemat impian bergelar hero drama suatu hari nanti, Muaz berkata andai sudah tertulis rezekinya pasti ia akan jadi kenyataan.

Dia sudah bersedia menggalas tanggungja­wab sebagai hero drama dan apa yang diharapkan adalah peluang dan kepercayaa­n daripada pihak penerbitan serta stesen TV.

Muaz lepas banyak tawaran sebelum ini kerana dalam proses turunkan berat badan

 ?? FOTO ?? Jika sebelum ini saya tercari-cari arah dan hala tuju, sekarang sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan apa saja kemungkina­n
FOTO Jika sebelum ini saya tercari-cari arah dan hala tuju, sekarang sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan apa saja kemungkina­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia