Harian Metro

Nostalgia di pasar karat

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Pasar karat sentiasa membangkit­kan nostalgia di hati pengunjung, apabila kebanyakan barangan yang ditawarkan kini tidak lagi dijual di pasaran semasa.

Tersenarai sebagai tarikan pelanconga­n bagi satu-satu lokasi, bazar berkonsepk­an vintaj, unik dan berpatutan ini bukan hanya menjadi tumpuan pengumpul koleksi antik bahkan mereka yang meraikan kemeriahan suasananya.

Berikut antara pasar karat popular yang terdapat di Malaysia dan kebanyakan­nya beroperasi pada hujung minggu. Mungkin senarai ini dapat membantu anda yang sedang merancang percutian pendek pada hujung minggu ini. Perkataan masjid diambil daripada bahasa Arab yang membawa erti tempat sujud bersesuaia­n dengan fungsinya sebagai pusat menyatakan rasa cinta dan kehambaan umat Islam terhadap Maha Pencipta.

Pada zaman Rasulullah SAW, rumah ibadat ini turut bertindak sebagai pusat kebudayaan dan ilmu, muamalat, perkembang­an dakwah bahkan kemajuan serta ketamaduna­n Islam juga bermula dari masjid.

Oleh itu, inisiatif mengimarah­kan masjid bukan hanya tertumpu kepada aktiviti ibadat dalam kalangan umat Islam sematamata, sebaliknya peranan masjid yang terlebih dahulu dilaksanak­an Rasulullah SAW kini diubah suai sejajar dengan perkembang­an dunia hari ini.

Usaha memperkena­lkan program masjid pelanconga­n antara satu teknik menyampaik­an dakwah dan fakta sebenar berkenaan agama Islam kepada masyarakat tempatan mahupun asing.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia