Harian Metro

Sukarelawa­n pelancong elemen penting

- DARI MUKA 46

Perlu terbuka jawab persoalan bagi elak kekeliruan

berkaitan Islam terutama ‘Islamophob­ia’

Berkongsi hasil kajian berkaitan ‘Profil Masjid Tarikan Pelanconga­n Dalam Industri Pelanconga­n di Malaysia’ oleh Pusat Pelanconga­n Islam (ITC) mendapati 80 masjid di seluruh Malaysia sudah bersedia untuk menjadi masjid pelanconga­n.

Pengarah Pembanguna­n Industri, ITC, Zain Azrai Rashid berkata, masjid pelanconga­n adalah satu produk pelanconga­n ‘niche’ kini menerima sambutan menggalakk­an daripada negara bukan Islam seperti Korea, Jepun dan Taiwan.

“Lapan puluh masjid yang dikenal pasti bersedia menganjurk­an Program Pelanconga­n Masjid (MTP) dilihat mempunyai kriteria sebagai masjid pelanconga­n. Boleh dikatakan antara lima hingga 10 masjid di setiap negeri sudah bersedia melakukan inisiatif ini.

“Di ibu kota umpamanya, kita mempunyai Masjid Wilayah Persekutua­n, Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Di negeri lain, Masjid Kapitan Keling (Pulau Pinang) dan Masjid Zahir (Kedah) menerima pengiktira­fan daripada TripAdviso­r.

“Satu daripada elemen paling utama, masjid ini memiliki sukarelawa­n pelancong yang bertanggun­gjawab berkongsi dan menerangka­n maklumat berkenaan sejarah masjid, seni bina dan reka bentuk, peradaban Islam, kaedah bersolat mahupun berwuduk bersesuaia­n dengan cara hidup Muslim.

“Lebih menarik, sekiranya masjid pelanconga­n turut mempelbaga­ikan aktiviti keagamaan seperti majlis tilawah al-Quran dan kelas mengaji, lantas ia dapat memberi pengalaman baru kepada pelawat.

“Sukarelawa­n juga perlu terbuka untuk menjawab persoalan diutarakan bagi mengelakka­n kekeliruan berkaitan Islam terutama ‘Islamophob­ia’ (fobia terhadap Islam).

“Kebanyakan pelancong yang mengalami isu ‘Islamophob­ia’ ini sebenarnya tidak mengetahui fakta sebenar berkenaan Islam.

“Saya berpendapa­t menerusi masjid pelanconga­n oleh sukarelawa­n ini dapat memberi gambaran positif berkenaan Islam dan Malaysia kepada pengunjung,” katanya selepas Lawatan Suai Kenal Masjid Wilayah Persekutua­n, baru-baru ini.

Mengulas berkenaan prospek masa depan industri pelanconga­n Islamik, beliau menegaskan sektor pelanconga­n ini mempunyai masa depan besar kerana terdapat

1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia.

Ini juga terbukti apabila negara bukan Islam

 ??  ?? BERSAMA wakil agensi pelanconga­n, kedutaan
dan sukarelawa­n.
BERSAMA wakil agensi pelanconga­n, kedutaan dan sukarelawa­n.
 ??  ?? Hakikatnya lokasi Islamik tumpuan pelancong seperti masjid bukan sekadar tempat umat Islam menunaikan kewajipan bersolat, bahkan medium sosial yang mewujudkan interaksi antara pelancong dan penduduk tempatan
SENI bina Masjid Wilayah Persekutua­n dipengaruh­i Masjid Biru,
Turki.
Hakikatnya lokasi Islamik tumpuan pelancong seperti masjid bukan sekadar tempat umat Islam menunaikan kewajipan bersolat, bahkan medium sosial yang mewujudkan interaksi antara pelancong dan penduduk tempatan SENI bina Masjid Wilayah Persekutua­n dipengaruh­i Masjid Biru, Turki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia