Harian Metro

Tonton wayang di puncak Genting

Filem ke-21 Pokemon ditayang hingga 24 Februari sempena Festival Pokemon Resort World Genting

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina dan seiring dengan penganjura­n Festival Pokemon, buat julung kalinya filem ke-21 Pokemon, Pokemon The Movie: The Power of Us ditayangka­n secara eksklusif di Resort World Genting hingga 24 Februari nanti.

Filem yang pernah ditayangka­n di Jepun pada 13 Julai 2018 ini kini tiba di Malaysia, menjadi satu daripada tarikan pelancong untuk berkunjung ke Resort World Genting di sepanjang musim cuti perayaan yang panjang.

Filem animasi berdurasi 93 minit yang berlatarbe­lakangkan bandar Fula ini menampilka­n ikon legenda Pokemon, Lugia, mitos terbaru Zeraora dan bintang utama, Ash Ketchum bersama teman karibnya, Pikachu.

Penonton bakal dihiburkan dengan keletah dan semangat pengembara­an beberapa watak yang berbeza personalit­i saling bekerjasam­a demi menyelamat­kan perayaan Festival Angin tahunan di bandar Fula.

Tiket filem Pokemon The Movie: The Power of Us berharga antara RM12 hingga RM20 bersama waktu tayangan seawal jam 4.30 petang dan 8 malam.

Selain tayangan eksklusif Pokemon The Movie: The Power of Us, pengunjung juga berpeluang melakukan pelbagai aktiviti bertemakan Pokemon sempena penganjura­n kali pertama Festival Pokemon Resort World Genting.

Terdapat 32 figura Pokemon bersaiz manusia ditempatka­n di sekitar SkyAvenue, jadi pengunjung boleh merakamkan gambar dengan patung animasi popular berkenaan.

Antara aktiviti lain, pengunjung boleh merasai keseronoka­n apabila melakukan eksplorasi di Pikachu Land, di Skytropoli­s Fun Land atau melakukan Program Pelatih Pokemon dan menyertai cabaran ‘Pokemon Inflatable’ di Arena of Stars.

Pengumpul barangan Pokemon juga berpeluang untuk mendapatka­n koleksi menarik di kedai ‘pop-up’ rasmi Pokemon pertama di Malaysia.

Lebih mengujakan, pengunjung akan dihiburkan dengan perarakan dan persembaha­n tarian Pikachu di Times Square, SkyAvenue, setiap hari.

Dalam perkembang­an lain, Resort World Genting turut melancarka­n pembukaan tidak rasmi ruang hiburan dalaman, Skytropoli­s Funland sejak Disember lalu selepas ia ditutup operasinya selama satu setengah tahun.

Tampil dengan tarikan permainan terbaru, Skytropoli­s Funland yang beroperasi di empat tingkat diceriakan dengan skrin LED mega di dinding dan siling sekali gus menerangi taman baru itu.

Setakat ini, sebanyak 13 permainan sudah beroperasi manakala sembilan lagi dalam masa terdekat.

Memiliki keluasan 400,000 kaki persegi, taman tema dalaman ini turut menampilka­n kombinasi permainan fizikal bersama realiti maya, pusat realiti hiper Asia pertama, The VOID, BigTop Video Games Park dan bakal diikuti Imaginatri­x.

Timbalan Presiden Kanan Taman Tema Resort World Genting, Brian Machamer berkata, pihaknya sentiasa berusaha merangsang keseronoka­n pengunjung dengan pengalaman baru di Skytropoli­s Funland yang boleh dinikmati kanak-kanak, orang dewasa mahupun keluarga.

“Kami melabur lebih RM300 juta untuk membina semula taman tema dalaman baru dan membawakan 15 permainan kegemaran dari taman tema luar sebelum ini dengan mengubahny­a kepada rupa yang baru.

“Permainan ini dikekalkan kerana sebahagian besar pengunjung pernah merasainya, oleh itu, kami membawanya kembali kepada saiz yang lebih besar dan baik berbanding sebelumnya seperti Super Glider atau ‘roller coaster’ ‘Superman.’

“Antara tujuh permainan baru diperkenal­kan, Power Surge, Disco!, Sky Tower, Spin Crazy, Bumper, Boo Boo Bump, Tea Cup dan Balloon Racem” katanya.

Beliau turut menyasarka­n menerima kunjungan lebih 7,000 pelanggan berbayar setiap hari.

 ??  ?? JULUNG kalinya tayangan eksklusif filem Pokemon
ke-21 di Malaysia.
JULUNG kalinya tayangan eksklusif filem Pokemon ke-21 di Malaysia.
 ??  ?? PERARAKAN
Pikachu dilakukan pada setiap
hari.
PERARAKAN Pikachu dilakukan pada setiap hari.
 ??  ?? SALAH satu tarikan pelancong
untuk berkunjung ke Resort
World Genting.
SALAH satu tarikan pelancong untuk berkunjung ke Resort World Genting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia