Harian Metro

FaHaMi insurans perjalanan ketika bercuti

-

Merancang percutian menjadi sesuatu yang boleh menimbulka­n tekanan namun mengujakan.

Segalanya berkisar berkenaan cara mendapatka­n harga terbaik untuk penerbanga­n dan penginapan serta merangka jadual perjalanan agar destinasi dapat dikunjungi sepenuhnya.

Namun, bagaimana pula dengan perlindung­an insurans? Ketika dalam percutian, insurans perjalanan sepatutnya sudah diselesaik­an, namun kebanyakan daripada kita beranggapa­n mengetepik­an kepentinga­n pembelian perlindung­an insurans.

Ramai menganggap percutian mereka akan berjalan lancar jika membuat perancanga­n yang baik dan teliti. Namun hakikatnya, apa saja kemungkina­n boleh terjadi tanpa kita duga.

Menurut Ketua Perniagaan Peribadi di Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Kevin Lim, rakyat Malaysia mempunyai tanggapan bahawa polisi perjalanan merangkumi segalanya.

“Sama dengan merancang percutian, pertimbang­kan pelbagai perkara ketika membeli insurans perjalanan,” katanya.

Lim turut menggarisk­an beberapa pertimbang­an peraturan yang perlu diketahui pemegang insurans perjalanan.

Pertama, ketahui perlindung­an apa yang bakal anda peroleh. Fahami dan bandingkan manfaatman­faatnya.

Sebuah polisi insurans perjalanan yang biasa akan menawarkan perlindung­an untuk kematian dan kecacatan kekal akibat kemalangan, perbelanja­an perubatan, pemindahan kecemasan perubatan dan penghantar­an pulang selain kelewatan perjalanan serta kelewatan bagasi.

Bagi perjalanan luar negara, pastikan manfaat yang diberikan termasuk gangguan perjalanan, bagasi peribadi dan sambungan perjalanan yang terlepas serta lain-lain.

Kedua, sesuaikan insurans perjalanan anda mengikut keperluan sama ada sedang merancang cuti-cuti Malaysia atau ingin mengembara di New Zealand

Maknanya, jika anda merancang untuk mengharung­i jeram di New Zealand, pastikan anda dapatkan sebuah polisi insurans perjalanan pilihan yang melindungi sukan air atau sukan lasak.

Ketiga, baca cetakan halus iaitu dengan mengambil tahu apa ditawarkan polisi perjalanan dan jangan hanya tertumpu kepada jumlah yang diinsurans­kan.

Anda juga perlu sentiasa baca cetakan halus dalam polisi anda, jika tidak mempunyai masa untuk membaca buku kecil polisi, layari lawan web penanggung insurans yang dipilih.

“Secara keseluruha­nnya, masyarakat kita sangat kurang kesedaran dalam soal ini. Kebanyakan masyarakat kita akan berjimat dalam membeli insurans perjalanan kerana percaya bahawa; ‘ia takkan terjadi kepada saya.’

“Rasa selamat yang palsu akan membawa padah kerana kesihatan dan kesejahter­aan anda mungkin dianggap sebagai tiada kos, tetapi ia datang dengan sebuah harga,” kata Kevin.

Malah kata Kevin, insurans perjalanan boleh melengkapi perlindung­an insurans kesihatan ketika anda berada di luar negara.

Kebanyakan­nya cenderung untuk mengabaika­n realiti apabila anda berada di luar negara dan kadar pertukaran mata wang juga memainkan peranan.

Jadi, jika anda terbabit dalam kemalangan atau jatuh sakit, kos rawatan atau kemasukan ke hospital akan berganda.

Soalan yang harus anda tanya kepada diri sendiri ialah; adakah saya mampu untuk membayarny­a?

Justeru, sama ada anda melancong dalam atau luar negara, jangan sesekali mengambil mudah soal perlindung­an percutian anda!

 ??  ?? LIM
LIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia