Harian Metro

Hobi melancong bawa peluang berniaga

-

dalam persekitar­an berbeza di United Kingdom (UK) pada usia 19 tahun dan sering berulangal­ik dari London ke Malaysia dan kini ke Korea Selatan membuatkan Nik Anis Aishah Nik Mohd Azmi atau panggilan mesranya Aishah lebih matang berbanding usia sebenarnya.

Malah disebabkan perjalanan ke setiap negara seorang diri atau ditemani adik, Aishah menjadi seorang yang berdikari, berkeyakin­an dan berani berhadapan pelbagai situasi.

Bermula dengan gemar berlibur ke luar negara sejak zaman persekolah­an, dia memulakan misi melancong ke Jakarta (Indonesia), Seoul (Korea Selatan), China dan Bangkok (Thailand) sekali gus menimbulka­n minat untuk berniaga.

“Saya sebenarnya adalah peminat koleksi BT21, tetapi koleksi ini cuma boleh didapati di Korea Selatan dan dijual di UK. Apabila berada di luar negara dan bertemu aksesori atau produk yang unik saya akan membeli barangan ini dan menjualnya kepada rakan di Malaysia. Contohnya, barangan kumpulan K-Pop terkemuka, BTS yang menjadi kegilaan ramai. Setiap kali memuat naik gambar koleksi yang saya ada ramai memberikan maklum balas ingin mendapatka­nnya,” katanya.

Aishah yang juga gemar membeli-belah mengakui setiap produk yang dijumpai tidak terus dijadikan bahan jualan sebaliknya mengambil kira kehendak pembeli.

“Saya juga seorang pelanggan, jadi saya mengambil kira kehendak mereka. Saya tahu apa yang diniagakan. Kebiasaann­ya, saya akan membaca komen pelanggan bagi memastikan benar-benar faham dan boleh memberi penerangan kepada pembeli mengenai produk dan barangan yang dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia