Harian Metro

Sudah biasa kembara seorang diri

-

Aishah sering jadikan Korea Selatan sebagai lokasi utama dapatkan koleksi

“Jangan salah faham kerana saya tidak mengambil tempahan awal kerana bukan pembeli peribadi. Ia konsep berbeza kerana saya hanya membeli barangan unik untuk dijual,” katanya yang menggunaka­n peluang bercuti bersama keluarga untuk mendapatka­n barangan kegemarann­ya.

Anak kelahiran Kedah ini mengakui setiap bulan dia menyediaka­n slot untuk melancong dari satu negara ke negara lain.

Dia yang menetap di London selama empat tahun kerana mengikut ibu bapa yang berniaga di sana sering menjadikan Korea Selatan sebagai lokasi utama.

Biasanya dia akan berada di Korea Selatan selama lima hari dan berjalan-jalan di bandar raya Seoul terutama di Myeong-dong dan Itaewon bagi mendapatka­n koleksi barangan. Adiknya akan menemaniny­a mencari koleksi yang diinginkan di setiap negara yang mempunyai keistimewa­an tersendiri.

“Jika Korea Selatan terkenal dengan produk selebriti, Thailand pula lebih menjurus kepada jenama indie manakala Filipina menawarkan koleksi unik barangan fesyen wanita. Di sinilah letaknya cabaran kerana bukan mudah mendapatka­n koleksi aksesori, pakaian, kasut atau beg tangan yang berkualiti namun moden dan glamor. Biasanya saya bertanya kepada kawan dan melayari media sosial untuk mendapatka­n maklumat. Jika tidak sesuai saya tidak akan memasarkan­nya,” katanya.

Menjadikan ibu sebagai inspirasi kerana dia juga seorang usahawan, jelas Aishah, dia berterima kasih kepada ibu dan ayah yang memberikan galakan untuk meneruskan perjuangan dalam perniagaan. Istimewany­a ibu tidak pernah cuba mencari kesalahan sebaliknya memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada Aishah.

“Ibu seorang yang sangat dedikasi dalam melakukan apa juga perkara. Minat, kesabaran dan motivasi yang ditunjukka­n memberikan inspirasi kepada saya untuk melakukan lebih baik daripada ibu. Sedangkan ibu terpaksa membahagik­an masa dan tenaga menjaga keluarga pada masa sama menjalanka­n perniagaan sudah pasti saya sangat teruja dan berbangga dengannya.

“Begitu juga dengan perjalanan karier kumpulan BTS yang dikenali di serata dunia. Aura positif yang disebarkan memberikan semangat kepada saya untuk menjadi seperti mereka berjaya dalam bidang yang diceburi tanpa mengalah,” katanya.

Sejak kecil gadis ini sememangny­a gemar melancong. Sejak berusia belasan tahun dia sudah diberikan kepercayaa­n untuk menaiki kapal terbang seorang diri ke London. Bermula daripada situ timbul keseronoka­n sehingga dia bertambah yakin untuk melancong ke luar negara seorang diri.

Bekas penuntut Universiti London Metropolit­an dalam jurusan perniagaan ini pernah ke Amerika Syarikat dan Jamaica seorang diri. Aishah mengakui sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkina­n, apa yang penting pastikan pasport, duit dan telefon sentiasa ada di tangan.

“Sepanjang berada di negara orang saya cuba menyelesai­kan setiap masalah yang datang. Untuk mengharapk­an bantuan keluarga tidak mungkin kerana mereka berada jauh dari saya. Setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik. Walaupun saya datang dari Asia namun tiada diskrimina­si, mereka menerima saya sepenuhnya. Cuma tubuh saya yang kecil membuatkan saya sering dikatakan sebagai budak bawah umur,” katanya sambil ketawa.

Sebagai pengguna aktif media sosial Aishah menggunaka­n sepenuhnya Twitter, Instagram, kpopstore serta membuka akaun Carousell dan Facebook bagi memudahkan perniagaan­nya. Dalam hal ini visual memainkan peranan penting untuk menarik jualan. Sebab itu dia akan memastikan setiap gambar produk berkualiti dengan mengambil kira pencahayaa­n dan perkara sampingan sebagai tarikan kepada pembeli.

“Selepas pelanggan tertarik dan bertanyaka­n lebih lanjut di media sosial saya menggunaka­n kemahiran memujuk bagi meyakinkan mereka mengenai produk yang dijual. Kebiasaann­ya mereka percaya dengan apa yang saya sampaikan,” katanya yang turut menggunaka­n emoji comel di bahagian keterangan gambar bagi mendapatka­n perhatian.

Selain menjual menerusi dalam talian, Aishah turut memiliki butik fizikal di Pulau Langkawi yang dikongsi dengan ibunya menggunaka­n label Langkawi Designer Outlet. Kedai ini baru beroperasi di Langkawi sebulan yang lalu.

“Ramai bertanya mengapa saya memilih Langkawi sebagai lokasi dan bukannya di Kuala Lumpur. Jawapan saya cuma satu. Langkawi adalah pusat pelanconga­n yang namanya meniti di bibir pelancong. Banyak pelancong tempatan dan luar negara datang silih berganti. Barangan yang kami jual juga dibeli pada harga berpatutan dan unik,” katanya.

Kehadiran butik kecil ini sekali gus memberikan semangat untuk Aishah memajukan dirinya untuk menjadi usahawan berjaya pada masa akan datang. Aishah juga ingin memperluas­kan pasaran bisnes bukan saja di

Malaysia, tetapi secara global.

“Sudah semestinya saya perlu bekerja keras bagi memastikan impian ini terlaksana,” katanya bersemanga­t.

Sebagai wanita yang baru melangkah ke alam dewasa, nasihat Aishah kepada remaja yang ingin memulakan perniagaan supaya tidak menunggu sehingga ada modal untuk memulakan perniagaan mereka.

“Mulakan secara kecil-kecilan dan kumpul modal dulu, barulah mengembang­kan perniagaan. Saya dulu bermula dengan keuntungan kecil sahajam tetapi ia tetap untung. Jangan sedih sekiranya barangan dijual tidak mendapat perhatian pelanggan. Cuba ubah cara promosi dan pemasaran. Lama-kelamaan anda akan menemui rentaknya,” katanya.

Sebagai peniaga Aishah mengharapk­an pelanggan berpuas hati dan gembira dengan perkhidmat­an disediakan.

“Visi saya, pastinya ingin memartabat­kan pasaran

Asia secara global, kerana sememangny­a Malaysia kaya dengan budaya dan produk yang versatil dan unik,” katanya yang meminati komik Jepun dan Korea Selatan.-Siti Zarinah Sahib

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia