Harian Metro

Tudung labuh wanita profesiona­l

-

Keistimewa­an koleksi Qaisara Instant ini apabila memperkena­lkan potongan dua muka dengan sengkuap yang dijahit sekali bersama tudung. Sasaran adalah untuk wanita berkerjaya yang ingin sentiasa kemas dan nampak cantik sehingga selesai waktu pejabat.

“Saya sering menerima rungutan pelanggan mengenai selendang yang mengambil masa lama untuk dipakai sedangkan wanita ingin cepat dan pantas terutama selesai bersolat.

“Kehadiran jenama ini tepat pada masanya apabila ia mudah dipakai hanya sarungkan sahaja kemudian betulkan di bahagian sengkuap,” katanya yang mula memperkena­lkan rekaannya ini pada 2016.

Memudahkan cara menguruska­n tudung, ujar Sharmimi, dia menggunaka­n material berkualiti tinggi untuk koleksi tudung segera yang dihasilkan­nya.

Untuk sengkuap fabrik spandex dipilih kerana ia tahan lebih lama, tidak berbulu dan mudah dibasuh manakala bahagian kain menggunaka­n sifon premium pandora iaitu sejenis fabrik yang agak tebal, namun ringan dan terletak cantik apabila digayakan.

“Selain tahan lama material ini juga kelihatan eksklusif dan cantik digayakan ke pejabat mahupun dipakai pada hujung minggu. Ia sesuai untuk kaki libur yang aktif dan ingin cepat dalam aktiviti harian mereka. Bagi ibu yang mempunyai anak kecil, tudung segera ini memang ditujukan khas untuk anda. Ia bukan saja mudah dipakai, malah jika anak menarik tudung, ia juga senang dibetulkan,” katanya.

Hadir dalam 15 rona iaitu pastel yang ditujukan kepada mereka yang menggemari rona lembut dan warna gelap untuk gaya eksklusif. Kesemua warna polos ini mudah disuai padan dengan pakaian harian wanita terutama mereka yang berusia 23 hingga 45 tahun.

Berhasrat ingin memartabat­kan golongan wanita, Sharmimi menjelaska­n dia banyak membuka peluang perniagaan kepada golongan suri rumah dan wanita berkerjaya bagi memberikan pendapatan sampingan kepada mereka.

“Saya gembira kerana dapat membantu suri rumah, ibu tunggal mahupun yang sudah bekerja bagi mendapatka­n wang tambahan menerusi ejen jualan. Sekurang-kurangnya ia dapat meringanka­n bebanan kewangan suami,” ulasnya.

Dijual pada harga RM69 untuk Qaisara Instant dan harga kombo RM60 sehelai untuk pembelian tiga helai tudung ke atas. Boleh didapati dalam ukuran L (1.9 meter) manakala XL (2.1 meter) dan dijual pada harga yang sama. Semua koleksi ini didapati di butik Bymirasya di Shah Alam serta pembelian dalam talian atau menerusi stokis dan ejen.

 ??  ?? Kehadiran jenama ini tepat pada masanya
apabila ia mudah dipakai hanya sarungkan
sahaja kemudian
betulkan di bahagian
sengkuap WARNA pastel menjadi pilihan mereka yang gemarkan warna lembut.
Kehadiran jenama ini tepat pada masanya apabila ia mudah dipakai hanya sarungkan sahaja kemudian betulkan di bahagian sengkuap WARNA pastel menjadi pilihan mereka yang gemarkan warna lembut.
 ??  ?? UNTUK wanita berkerjaya.
UNTUK wanita berkerjaya.
 ??  ?? RONA hijau pudina lebih meyakinkan. WARNA gelap lebih eksklusif.
RONA hijau pudina lebih meyakinkan. WARNA gelap lebih eksklusif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia