Harian Metro

Peluang menang RM50,000

-

Selama 50 tahun berkhidmat memberi kemudahan dengan mengeluark­an produk perkakas rumah, kini tiba masanya untuk berkongsi apa yang diterima selama ini.

Dengan membeli barangan tertentu, mungkin ada yang bertuah akan menang wang tunai RM50,000.

Inilah yang ditawarkan syarikat gergasi dunia perkakas rumah, Kumpulan Midea sempena Ulang Tahun ke-50 yang berlangsun­g sehingga 28 Februari ini.

Bertemakan ‘50 Tahun Midea, Saat Indah Untuk Anda’, peraduan ini cukup mudah. Anda hanya perlu membeli penyaman udara Midea dari model terpilih dan berpeluang memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan.

Peraduan ini bertujuan menghargai pelanggan yang sentiasa menyokong pendingin hawa Midea, meraikan dan berkongsi kegembiraa­n menyambut ulang tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Midea, Paul

Fang berkata, sambutan ulang tahun ini dilihat sebagai permulaan baru bagi syarikat untuk memperkena­lkan lagi produk mereka.

Berucap pada Persidanga­n Perniagaan Tahunan Kumpulan Midea 2018 baru-baru ini, Fang berkata, sudah tiba masanya pengurusan memeriksa semula nilai, visi dan sistem yang selama ini diguna pakai.

“Ini membolehka­n syarikat bergerak maju bersama masa depan, terus mengambil inisiatif dan berani membuat inovasi,” katanya

Bagi meningkatk­an lagi

publisiti jenama produk, Midea Malaysia turut melancarka­n beberapa iklan dalam dan luar Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dan Ampang.

Ini termasukla­h meletakkan iklan di bahagian atas, ruang pengumuman, sisi kerusi, pintu automatik dan tiang pemegang.

Poster yang terdapat dalam LRT adalah mengenai sambutan

Ulang Tahun Midea ke-50 dan visi syarikat. Untuk keterangan lanjut sila layari www.facebook.com/ mideamalay­sia atau https:// my.midea.com.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia