Harian Metro

ARENA PILIHAN UTAMA KECUNDANG

- Reuters

 Khachanov tewas mengejut 6-7 (6) 6-3 6-4 kepada Berrettini

Pilihan utama dari Russia, Karen Khachanov tewas mengejut 6-7(6) 6-3 6-4 di tangan pemain bukan pilihan dari Itali, Matteo Berrettini di pusingan kedua Terbuka Sofia, semalam.

Khachanov, 22, mempamer aksi membanggak­an sejak awal permainan dan hanya tercicir dua mata di sepanjang empat set pertama. Selepas memenangi tiebreak pertama, dia dilihat hilang kawalan dan sering melakukan kesilapan mudah.

Berrettini yang menduduki ran-

(gambar)

king ke-53 dunia, mencetak sembilan ace untuk menempah tiket ke suku akhir kejohanan.

“Set pertama cukup sukar. Saya tidak bermain baik,” kata Berrettini. “Tetapi persembaha­n saya mula meningkat di set kedua dan saya rasa ia semakin baik di set ketiga.”

Pilihan keenam, Fernando Verdasco akan bertemu pemain Romania, Marius Copil yang sebelum itu mengetepik­an pemain Swiss, Stan Wawrinka pada perlawanan pembukaan.

Verdasco pula menang selesa 6-2 6-1 ke atas pemain Bulgaria, Alexandar Lazarov.

“Saya berjaya bermain dengan baik hari ini. Ia sesuatu yang sangat melegakan,” kata Verdasco, 35.

Pilihan keempat, Roberto Bautista Agut yang muncul juara 2016, bangkit daripada ketinggala­n untuk menewaskan pemain Australia, Matthew Ebden 3-6 6-3 6-2 di kelompok 16 terakhir, manakala pemain Hungary, Marton Fucsovics mengejutka­n pilihan kelapan dari Itali, Andreas Seppi 6-2 7-6(2).

Juara bertahan, Mirza Basic ditundukka­n pemain Slovakia, Martin Klizan di pusingan pertama.

Klizan menang 6-0 3-6 6-2 ke atas Basic yang menjulang kejohanan selaku pemain kelayakan tahun lalu.

 ??  ?? KHACHANOV gagal melangkah ke suku akhir Terbuka Sofia.
KHACHANOV gagal melangkah ke suku akhir Terbuka Sofia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia