Harian Metro

CITY CANTAS THE REDS

- AFP

 Skuad kendalian Guardiola kembali di puncak liga selepas tewaskan Everton

61 perlawanan.

“Rekod yang dilakukann­ya memang hebat. Ia akan sentiasa dikenang. Apabila anda melihat dia bermain, anda pasti yakin bahawa pasukan anda akan menang dan sekiranya dia memiliki peluang, anda tahu bahawa dia akan menjaringk­an gol,” kata bekas penyerang, Fowler.

“Untuk mendapat 50 gol Liga Perdana, saya rasa dia akan lebih pantas daripada mana-mana pemain dalam sejarah Liverpool. Apabila anda memiliki pemain berkualiti seperti itu, anda tahu dia mampu melakukann­ya.

“Apa yang dilakukann­ya di kelab ini tidak mengejutka­n saya kerana saya sejak awal lagi sudah sedar bahawa dia memang seorang pemain yang hebat, tidak kira di mana juga dia diletakkan.

“Ada kalanya, anda lihat dia seolah-olah tidak berupaya menjaringk­an gol tetapi percayalah, dia benar-benar efektif. Cuba lihat catatan musim lalu. Dia pernah menjaringk­an gol ketika keadaan tidak menyebelah­inya.

“Saya percaya, dia seorang pemain yang bagus dan pemain sepertinya tidak akan sesekali mempedulik­an mengenai posisi. Letak saja dia di mana-mana sekalipun, dia akan tetap menyerlah,” kata Fowler. Agensi

Liverpool

Pep Guardiola memuji semangat kental dipamerkan Manchester City kendaliann­ya apabila merampas kedudukan Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Everton 2-0, awal pagi semalam.

Anak buah Guardiola berada dalam kedudukan bahaya, bimbang diketepika­n Liverpool dalam pemburuan gelaran selepas tewas di tangan Newcastle, minggu lalu.

Namun,

Liverpool turut berdepan situasi hampir sama apabila terikat seri dalam dua perlawanan menentang Leicester dan West Ham sekali gus memberikan ruang buat City bangkit semula.

Kemenangan di Goodison Park menerusi jaringan Aymeric Laporte dan Gabriel Jesus, membenarka­n City mengatasi Liverpool di puncak carta dengan perbezaan jaringan.

Guardiola dalam pada itu menegaskan kebangkita­n City di puncak liga menunjukka­n keengganan mereka untuk tidak keluar daripada pemburuan gelaran.

“Goodison Park, 2-0, kami harus bergembira. Daripada sudut konsisten, kami tidak melepaskan satu pun jaringan. Menjaringk­an gol pada minit terakhir babak pertama, banyak membantu kami,” kata Guardiola.

“Kami bukanlah pasukan paling tinggi (pemain) di dunia jadi kami tidak jangka dapat menjaringk­an gol daripada situasi bola mati, tetapi (penolong jurulatih) Mikel Arteta bekerja keras dengan mereka. Saya sangat berpuas hati.”

City ketika ini bermain satu perlawanan liga

 ??  ?? JESUS (dua dari kiri) meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan.
JESUS (dua dari kiri) meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan.
 ??  ?? SALAH kini diletakkan sebagai pemain ‘Nombor 9’.
SALAH kini diletakkan sebagai pemain ‘Nombor 9’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia