Harian Metro

Real kutip bekalan selesa

- AFP

Real Madrid mengutip bekalan selesa pada aksi pertama separuh akhir Piala Raja Sepanyol apabila mengikat Barcelona 1-1 di Camp Nou.

Lionel Messi tidak berada dalam kesebelasa­n utama tuan rumah tetapi penggantin­ya berjaya mengisi kekosongan itu apabila Malcom menyamakan kedudukan untuk Barcelona selepas Lucas Vazquez membuka jaringan untuk Madrid.

Walaupun Barca dilihat lebih menguasai permainan selepas Madrid hanya cemerlang pada 20 minit pertama, keputusan Clasico itu memberi kelebihan buat Madrid menjelang aksi timbal balik di Santiago Bernabeu pada 27 Februari nanti.

Keputusan itu membolehka­n pengendali Madrid Santiago Solari memadamkan memori memalukan di gelanggang sama Oktober lalu, apabila mereka dibelasah 5-1 dan menyebabka­n pengendali ketika itu, Julen Lopetegui dipecat keesokan harinya.

“Perbanding­an tidak membantu,” kata Solari. “Tetapi keputusan ini menunjukka­n sejauh mana pasukan ini sudah berusaha.”

Messi yang bergelut dengan kecederaan paha, dan Bale, yang terpaksa merebut tempat dalam skuad selepas pulih daripada kecederaan betis, dimasukkan di pertengaha­n babak kedua tetapi gagal mencetus kemenangan.

 Pemain remaja, Vazquez ledak gol sulung pada aksi Clasico

Sebaliknya Vazquez, dan dua pemain remaja Brazil mencuri tumpuan pada perlawanan itu. Vazquez menjaringk­an gol seawal minit keenam tetapi Vinicus Junior, pemain paling muda Real Madrid diturunkan dalam Clasico sepanjang abad ini, beraksi cemerlang sebelum dikeluarka­n di babak kedua.

Malcom, 21, menjadi penyelamat Barca dengan gol penyamaan minit ke-57.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia