Harian Metro

‘Mampu lebih baik dari Rio’

-

Sepang: “Pencapaian lebih cemerlang dari Sukan Paralimpik Rio”. Itu keyakinan tinggi disuarakan ketua jurulatih olahraga para negara, R Jaganathan menjelang Sukan Paralimpik Tokyo tahun depan.

Jelasnya, pencapaian tiga emas dan satu gangsa mungkin mampu di atasi di Tokyo berdasarka­n perancanga­n dan prestasi semasa anak-anak buahnya.

“Saya rasa kita mampu meraih lebih tiga emas dan satu gangsa. Sekarang 10 atlet sudah layak ke Tokyo.

“Kita mempunyai atlet untuk melakukann­ya namun saya tidak mahu mendedahka­nnya sekarang,” katanya.

Malaysia melakar sejarah di Rio apabila membawa pulang tiga emas menerusi Abdul Latif Romly (lompat jauh T20), Mohamad Ridzuan Puzi (100m T36) dan Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru T20) selain gangsa sumbangan Siti Nor Radiah Ismail (lompat jauh T20).

“Ia bukan sesuatu yang mudah. Anda lihat sendiri Ridzuan, kita ‘bina’ selama 11 tahun. Apa yang kita harapkan sokongan dan doa semua pihak dalam menjayakan­nya,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia