Harian Metro

Rela korban demi emas

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@mediaprima.com.my

 Dik Wan tak kisah tak cukup rehat, sedia ikut semua perancanga­n jurulatih

Atlet para olahraga, Mohamad Ridzuan Puzi sedia menyerahka­n jiwa raganya untuk memastikan program khas yang direka bagi membolehka­nnya mempertaha­nkan emas di Sukan Paralimpik 2020 dapat dilaksanak­an.

Jelas atlet kelahiran Perlis itu, dia sedia mengikuti semua perancanga­n yang direncanak­an jurulatih, R Jaganathan.

Atlet cerebral palsy sepertinya memerlukan latihan berbeza berbanding atlet lain apatah lagi faktor usianya yang sudah berusia 32 tahun.

“Saya sedia dan sedar bahawa saya tidak boleh berehat panjang. Saya sanggup mengharung­inya demi mempertaha­nkan emas yang diraih pada Sukan Paralimpik Rio,” katanya.

Dia yang turut dikenali sebagai Dik Wan tiba di Kuala Lumpur selepas dinobatkan Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018 susulan pencapaian cemerlang di Sukan Para Asia Jakarta tahun lalu.

Menjelaska­n perancanga­nnya, Jaganathan berkata, ia termasukla­h hanya berehat dua hari untuk sambutan Aidilfitri selain menjalani turut berlatih di sepanjang Ramadan.

“Bagi kategoriny­a, pergerakan­nya akan semakin perlahan kerana faktor umur. Jadi latihan akan ditingkatk­an terutamany­a dalam perkara membabitka­n otot bagi memastikan matlamat dua emas berturut-turut di Sukan Paralimpik tercapai,” tambahnya.

“Dia sudah membuktika­n keazaman tinggi apabila bangkit meraih tiga emas di Sukan Para Asia 2018 selain satu rekod dunia dan kejohanan, selepas gagal di Kejohanan Olahraga Dunia IPC 2017.

“Lebih manis dia menumbangk­an atlet China, Yang Yifie dalam acara 100 meter T36, atlet sama menewaskan­nya di London.

“Selepas kecundang di London, dia tidak rehat dengan misi menebusnya di Jakarta, berhasil. Kini perjalanan kami adalah mempertaha­nkan emas di Tokyo,” tambahnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Majlis Sukan Negara, Suhardi Alias berkata, pihaknya sedia mempertimb­angkan ganjaran wang tunai kepada Ridzuan susulan anugerah yang diterimany­a itu.

 ?? FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR ?? SUHARDI (kiri) menyambut ketibaan Ridzuan (tengah) dari Dubai semalam.
FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR SUHARDI (kiri) menyambut ketibaan Ridzuan (tengah) dari Dubai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia