Harian Metro

‘Jumpa kami atas padang’

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Lumpur: “Kami akan buktikan atas padang,” Itu kenyataan ringkas pengendali Singa Utara, Manzoor Azwira mengenai kemelut tunggakan gaji yang melanda pasukan Perlis.

Manzoor yang ditemui pada sesi latihan semalam, enggan mengulas lanjut mengenai masalah yang melanda pasukan terbabit sebaliknya mahu fokus terhadap perlawanan menentang UiTM hari ini.

Sementara itu, menurut sumber dalaman skuad Singa Utara, semua pemain tetap memberikan komitmen tinggi dan hadir menjalani latihan seperti biasa tanpa sebarang rungutan.

“Semua pemain masih lagi menunjukka­n komitmen tinggi dan kesungguha­n untuk membantu Perlis memenangi perlawanan nanti.

“Jika melihat kepada keadaan semasa, hanya Piya (Badhri Radzi) tidak turun latihan kerana mempunyai masalah kesihatan dan kini menjalani rawatan di Kota Bharu,” katanya.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan, Perlis mungkin ‘tutup kedai’ apabila ramai pemain mereka dikatakan bakal angkat kaki apabila tidak menerima gaji sejak Disember.

Malah, setakat jam 6 petang semalam, semua pemain termasuk barisan kejurulati­han belum lagi mendapat gaji masing-masing, sekali gus menimbulka­n pelbagai spekulasi berkaitan pasukan itu.

(gambar)

Nasib Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) sama ada bakal terus beraksi di Liga Perdana atau tidak, akan hanya ditentukan pada 15 Februari ini apabila tamat tempoh 60 hari yang diberikan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Menerusi perjanjian awal ketika memberi ‘lampu hijau’ membenarka­n PFA naik beraksi dari Liga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke saingan Liga Perdana, badan induk itu diberi tempoh selama 60 hari untuk menyelesai­kan tunggakan gaji membabitka­n pasukan terdahulu iaitu skuad musim 2016, 2017 dan 2018.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Yusoff Mahadi, kemelut tunggakan gaji yang menghantui Perlis bagi kempen liga 2019 sememangny­a mengejutka­n banyak pihak termasuk MFL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia