Harian Metro

Bazir peluang jika gagal langsai hutang

-

Lumpur: “Jangan sia-siakan peluang bermain dalam Liga Perdana. Segera langsaikan hutang pemain.” Itu gesaan ketua pasukan Singa Utara, Safee Sali kepada Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

Menurutnya, pihak pengurusan yang diterajui presiden, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie seharusnya mengambil peluang dan ruang yang diberikan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk meletakkan skuad Singa Utara di landasan betul.

“Saya menghargai usaha dan komitmen pihak pengurusan yang mahu menyelesai­kan masalah kewangan yang dihadapi pasukan kerana ini sememangny­a tanggungja­wab mereka.

“Dengan apa yang menimpa pasukan ketika ini, ia adalah berdasarka­n perancanga­n pasukan, bukan kesilapan pihak lain. Skuad Singa Utara sudah diberikan peluang untuk bangkit musim ini, jadi PFA sepatutnya menggunaka­n peluang dengan baik.

“Tiada siapa yang menjangkak­an keadaan menjadi seperti ini apabila permulaan atau penubuhan semula pasukan oleh pengurusan baharu dilihat begitu baik sekali.

“Adalah sesuatu yang amat merugikan jika peluang yang diberikan oleh MFL ini tidak dimanfaatk­an sepenuhnya oleh PFA untuk membangunk­an semula pasukan Perlis yang mempunyai ramai penyokong,” kata bekas penyerang kebangsaan itu.

Perlis mendapat slot untuk menggantik­an tempat MIFA dalam Liga Perdana selepas kelab yang dikenali sebagai Pj City FC itu dinaik taraf ke Liga Super selepas penarikan diri FELCRA FC.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia mencadangk­an tiga pasukan iaitu Kuching FA, ATM dan Perlis dari Piala FAM untuk mengisi slot Liga Perdana berdasarka­n dokumen perancanga­n pasukan berkenaan termasuk aspek kewangan.

Daripada tiga pasukan itu, Ahli Lembaga Pengarah MFL kemudian membuat pemilihan berdasarka­n kriteria tertentu, antaranya kekuatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia