Harian Metro

Lee Tuck tak sabar beraksi

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Ketika Terengganu FC (TFC) berdepan PKNS FC pada aksi pertama Liga Super, Jumaat lalu, arkitek skuad Penyu, Lee Tuck terpaksa menjadi penonton kerana digantung satu perlawanan susulan kad merah yang diterima pada final Piala Malaysia musim lalu.

Bagaimanap­un, pada pertemuan dengan Pahang di Stadium Darul Makmur, malam esok, pemain kelahiran England itu mengaku tidak sabar untuk memperagak­an aksi pertamanya tahun ini.

“Iya saya sudah tak sabar dan bersedia kembali beraksi buat kali pertama selepas agak malang terlepas perlawanan sulung kerana digantung satu perlawanan.

“Kebetulan pula perlawanan pertama saya bertemu pasukan yang kuat dan selalunya akan berlaku pertarunga­n sengit sebagaiman­a musim lalu.

“Saya pasti stadium akan penuh dengan kedua-dua penyokong, jadi saya gembira dan berharap kami dapat mengutip tiga mata,” kata Tuck.

Mengulas lanjut, pemain berdarah kacukan Malaysia-England itu enggan mengambil mudah pertemuan berkenaan sebaliknya mengaku bakal berdepan laluan berliku untuk mengaibkan skuad Tok Gajah itu di depan penyokong mereka.

“Bukan mudah untuk kami mengutip mata kerana Pahang mempunyai Dickson Nwakaeme dan dia begitu bahaya di posisi serangan berganding­an pula dengan Mohamadou Sumareh.

“Oleh itu kita harus mengekang Matthew Davies daripada membuat hantaran dan fokus bahagian kiri kerana mereka agak laju selain gemar menyerang dari tengah,” kata Tuck.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia