Harian Metro

KLFA sudah bayar tunggakan gaji pemain

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) menjelaska­n mereka sudah membayar tunggakan gaji pemain sebelum perlawanan pertama menentang Pahang, 1 Februari lalu.

Setiausaha

Agungnya,

Nokman

Mustaffa

(gambar)

berkata, pihaknya sudah berjanji untuk melunaskan tunggakan itu sebelum perlawanan pertama dan ia tiada kena mengena dengan mana-mana perlawanan akan datang.

“Kita sudah berjanji kepada pemain untuk bayar sebelum perlawanan pertama menentang Pahang dan Alhamdulil­lah kita berjaya tunaikan.

“Jadi, ia tidak ada kaitan pun dengan aksi menentang JDT dan ia hanya secara kebetulan.

“Ia perkara biasa. Apabila kita sudah ada duit, kita

langsaikan segala bayaran tunggakan itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, bayaran tunggakan pada 30 Januari itu membabitka­n semua pemain dan pegawai pasukan Kuala Lumpur, termasuk skuad Piala Belia, Piala Presiden dan Piala Bawah 19 tahun.

Terdahulu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dipercayai ‘menyindir’ KLFA dalam laman sosial Twitter menjelang pertemuan kedua-dua pasukan malam ini.

“Bila nak lawan JDT saja, baru nak bayar gaji ke? Bila ada isu oleh kerana kelemahan diri sendiri tak nak mengaku.

“Nak bawa kes ke FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) lah, mahkamah lah. Bila diri sendiri tak betul nak bawa sapa pula ke Mahkamah?,” tweet Tunku Ismail.

Kenyataan Tunku Ismail itu dipercayai berkait rapat dengan tindakan KLFA yang mahu mengheret kes perpindaha­n Syazwan Andik ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) seperti yang dilakukan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berhubung isu perebutan Akhyar Rashid bersama JDT.

Syazwan menyertai JDT musim ini selepas mendakwa kontraknya bersama KLFA tamat serta merta apabila gajinya tertunggak dua bulan.

Pada aksi sulung minggu lalu, JDT membuka aksi dengan langkah kanan apabila menewaskan Perak 1-0 sekali gus mempertaha­nkan Piala Sultan Ahmad Shah manakala The City Boys tunduk kepada Pahang 1-3.

 ?? Nokman Mustaffa ?? Kita sudah berjanji kepada pemain untuk bayar sebelum perlawanan pertama menentang Pahang dan Alhamdulil­lah kita berjaya tunaikan”
Nokman Mustaffa Kita sudah berjanji kepada pemain untuk bayar sebelum perlawanan pertama menentang Pahang dan Alhamdulil­lah kita berjaya tunaikan”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia