Harian Metro

VAR ganggu rentak, fokus pemain ‘Jangan nak memandai’

- Syazwan Msar Mohdsyazwa­n@hmetro.com.my Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my Muhammad Apendy Issahak apendy@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) boleh mengganggu rentak dan fokus pemain apabila perlawanan dihentikan hanya untuk menentukan sesuatu keputusan.

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, penggunaan VAR ada kebaikan dan keburukan namun dalam keadaan tertentu ia boleh menyebabka­n pemain mula bosan apabila perlu menunggu beberapa minit untuk mengetahui keputusan.

Beliau berkata, mutu pengadilan sekarang ini sudah berada pada tahap memuaskan dan penggunaan VAR bukanlah satu keperluan ketika ini.

“VAR memang ada kebaikan terutama dalam menentukan keputusan pengadil yang dianggap mungkin terlepas pandang.

“Namun, dalam situasi berlainan pula, pemain perlu menunggu lama sekali gus mengganggu tempo permainan dan fokus pemain,” katanya.

Arena Metro sebelum ini melaporkan beberapa bekas pemain bola sepak kebangsaan mahu

(gambar)

pihak berkaitan mempertimb­angkan penggunaan VAR bagi meningkatk­an mutu pengadilan pada perlawanan liga.

Penggunaan VAR adalah sejajar dengan perkembang­an teknologi masa kini yang membantu pengadil membuat keputusan lebih tepat tanpa dipertikai­kan pihak lain.

Sementara itu, bekas jurulatih Perak, Datuk M Karathu berkata, penggunaan VAR boleh dilaksanak­an jika semua pihak sudah bersetuju untuk menggunaka­nnya di semua perlawanan.

“Penggunaan VAR memang bagus sejajar dengan perkembang­an bola sepak dunia namun kalau mahu laksanakan­nya pastikan semua perlawanan menggunaka­n teknologi berkenaan.

“Saya dimaklumka­n penggunaan VAR mencecah puluhan ribu ringgit untuk satu perlawanan dan adakah kos berkenaan berbaloi dengan ada di antara kemudahan di negara ini belum mencukupi,” katanya.

Persekutua­n Bolasepak ASEAN (AFF) menolak dakwaan segelintir pihak yang tular di laman sosial yang berkata skuad kebangsaan Australia akan menyertai saingan Piala AFF bermula 2020.

Setiausaha Agung AFF, Datuk Azzuddin Ahmad

berkata, pihaknya tidak pernah menerima apa-apa permohonan secara rasmi daripada Persekutua­n

Bolasepak

Australia

(FFA) berhubung penyertaan mereka dalam

Piala AFF.

Namun, berdasarka­n perjanjian

(gambar)

pada 2013 ketika menerima FFA sebagai ahli gabungan AFF, Australia hanya memohon untuk beraksi dalam kejohanan peringkat pembanguna­n seperti saingan AFF bawah 16 hingga 22 Tahun kecuali pertanding­an utama iaitu Kejuaraan Piala AFF.

“Perlu diketahui bahawa mereka (FFA) sebelum ini hanya memohon untuk beraksi dalam semua kejohanan dianjurkan AFF kecuali Piala

AFF Suzuki.

“Jadi tidak timbul dakwaan yang mengatakan Australia bakal bermain dalam Piala AFF tahun depan. Malah, kami langsung tidak menerima makluman atau permohonan daripada mereka.

“Biarpun ada kenyataan media daripada FFA yang dilaporkan akhbar di negara itu, ia perkara yang perlu dibincangk­an di peringkat AFF terlebih dulu sebelum boleh didedahkan kepada pihak luar,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Menerusi laporan The Sydney Morning Herald, Australia dikatakan berminat untuk turut serta dalam kancah Piala AFF selepas tertarik melihat kebangkita­n beberapa pasukan dari rantau

ini seperti Ipoh: Bagi memeriahka­n dan memberi semangat kepada pasukan Perak yang akan menentang Kedah malam ini, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mengambil keputusan untuk tidak mengenakan bayaran tiket kepada penyokong mereka.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar merangkap Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi satu rakaman video semalam.

Ahmad Faizal berkata, pihaknya menjemput semua penyokong The Bos Gaurus untuk memenuhi Stadium Perak dalam memberi sokongan kepada juara Piala Malaysia 2018 itu.

“Pada 8 Februari 2019 (hari ini) akan berlangsun­g Vietnam, Thailand dan Filipina yang beraksi cukup baik pada kempen Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.

Menurut laporan itu, FFA percaya penyertaan mereka bukan saja dapat meningkatk­an nilai pemasaran kejohanan Piala AFF ke negara itu, malah ia turut dapat meningkatk­an kualiti dan standart pertanding­an ke tahap lebih tinggi.

Bagaimanap­un, hasrat bekas juara Piala Asia 2015 itu mendapat tentangan penyokong bola sepak ASEAN yang menganggap akan wujudnya persaingan berat sebelah.

Untuk rekod, skuad Socceroos kini menghuni tangga ke-41 dunia dalam ranking FIFA dengan Vietnam muncul pasukan ASEAN paling tinggi pada kedudukan 100, sekali gus memperliha­tkan jurang dengan Australia.

 Azzuddin selar segelintir pihak dakwa Australia sertai Piala AFF 2020

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia