Harian Metro

TIDAK KELUAR LESEN

- Oleh Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

Shafie Apdal berkata, ini kerana kerajaan negeri melarang kayu balak dieksport.

Sehubungan itu katanya, kerajaan akan menyiasat secara terperinci dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak didapati terbabit dengan kegiatan pembalakan haram.

“Jika ada (kegiatan pembalakan) berlaku, itu maknanya dilakukan secara haram, kerana kita (kerajaan) buat masa ini tidak membenarka­n mana-mana pihak mengekspot kayu balak, kita akan siasat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran beberapa keping gambar lori membawa muatan kayu balak untuk dihantar ke sebuah kawasan dipercayai di Pegagau, dekat sini, yang mana ada sebuah tongkang sarat dengan kayu balak.

Mengulas lanjut, beliau juga tidak menolak kemungkina­n kegiatan itu dijalankan syarikat konsesi yang mendapat lesen ketika pemerintah­an kerajaan terdahulu.

“Kalau ada pun mungkin daripada kerajaan dahulu, konsesi mereka, dapat lesen ketika itu dan secara kebetulan aktiviti pembalakan dijalankan dan saya tidak pernah keluarkan lesen baharu melainkan kepada Yayasan Sabah.

“Saya akan arahkan Jabatan Perhutanan untuk siasat kerana kegiatan seumpama ini boleh berlaku di merata tempat, siapa bagi lesen dan sejauh mana kebenarann­ya,” katanya.

Terdahulu, Pemangku Ketua Bahagian UMNO Tawau, Ghszalie Ansing dalam satu kenyataan menuntut penjelasan berkaitan aktiviti pembalakan haram dipercayai dijalankan di jeti berdekatan dengan sungai Pegagau, Semporna.

 ?? V ?? GAMBAR tular lori bawa muatan kayu balak untuk dikumpul di sebuah jeti di Pegagau.
membalak Lesen
keluarkan hanya di
Yayasan kepada
Sabah
V GAMBAR tular lori bawa muatan kayu balak untuk dikumpul di sebuah jeti di Pegagau. membalak Lesen keluarkan hanya di Yayasan kepada Sabah
 ??  ??
 ??  ?? GELANGGANG menyabung ayam yang diserbu polis di Kampung Lapasan.
GELANGGANG menyabung ayam yang diserbu polis di Kampung Lapasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia