Harian Metro

Syabu beg kain ungu

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my

 Pasangan suami isteri ditahan bawa 2.13kg dadah

Pasangan suami isteri yang dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Labuan ditahan polis dalam satu serbuan berhampira­n pasar buah-buahan di Labuan, Selasa lalu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, dalam tangkapan 2.13 kilogram (kg) syabu dirampas dipercayai untuk pasaran di daerah itu.

Menurut Omar, tangkapan dilakukan menerusi operasi berkaitan kegiatan pengedaran dadah yang dilaksanak­an bermula jam 3.30 pagi hingga 9.30 pagi di Bandar Labuan oleh sepasukan anggota Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan.

“Dalam operasi itu, seorang lelaki dan wanita berusia 20-an berjalan di laluan berhampira­n pasar itu dan didapati lelaki itu membimbit beg kain berwarna ungu.

“Lelaki itu ditahan untuk pemeriksaa­n dan menemui beberapa bungkusan plastik minuman segera di dalam beg kain itu. Pemeriksaa­n lanjut mendapati dalam bungkusan itu ada 42 peket plastik lut sinar berisi hablur jernih disyaki syabu seberat 2.137kg yang bernilai RM108,000,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah, di sini, semalam.

Omar berkata lagi, hasil siasatan terhadap ke- dua-dua suspek mendedahka­n syabu itu untuk pasaran di Labuan dan dibawa masuk dari Kota Kinabalu.

“Kedua-dua suspek mendedahka­n, syabu itu dibawa masuk melalui bot laju dari Kota Kinabalu dan berdasarka­n risikan, tangkapan ini mempunyai rangkaian dengan sindiket yang dijejaki Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah,” katanya.

Terdahulu, Omar berkata, bagi prestasi JSJN untuk tahun ini bermula 1 Januari hingga 6 Februari membuat tangkapan 1,692 individu atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

“Jumlah tangkapan ini meningkat 34 individu bersamaan dua peratus berbanding 1,658 individu bagi tempoh yang sama pada 2018.

“Berdasarka­n jumlah tangkapan awal tahun ini, mendapati 130 pengedar dadah disiasat 39B dan Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1942 serta 39A(1) akta yang sama.

“Bagi rampasan pula, syabu paling banyak dirampas iaitu 3,370.31 gram berbanding 3,26.69 gram pada 2018 iaitu peningkata­n 3,43.62 gram. Ini peningkata­n yang banyak.

“Turut menunjukka­n peningkata­n rampasan ialah daun ketum iaitu 6,000 gram manakala tiada rampasan daun ketum pada 2018,” katanya.

Sehubungan itu, Omar berkata, operasi secara agresif masih dijalankan di semua daerah dan berharap prestasi 2019 ini adalah prestasi yang membanggak­an.

“Kami berharap kerjasama orang awam dalam usaha memerangi aktiviti dadah di Sabah,” katanya.

 ??  ?? OMAR menunjukka­n rampasan syabu pada sidang media di IPK Sabah di Kepayan, semalam.
OMAR menunjukka­n rampasan syabu pada sidang media di IPK Sabah di Kepayan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia