Harian Metro

Lima kawasan panas digempur

-

Kota Kinabalu: Lima kampung di daerah ini yang dikenal pasti sebagai kawasan panas sarang dadah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) akan digempur habis-habisan pada tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, lima kampung yang akan diberi tumpuan iaitu Kampung Lokup di Sepanggar, Kampung Bakau dan Cenderamat­a di Likas serta Kampung Sembulan dan Tanjung Aru.

“Dalam membasmi habis-habisan kegiatan jenayah dadah dan PATI di lima kampung ini, saya tetapkan yang mana melantik seorang pegawai polis di setiap kampung yang saya panggil sebagai kampung ‘hot spot’.

“Saya bagi tempoh pegawai dan anggota dengan kerjasama masyarakat awam dalam tempoh tiga bulan daripada Januari hingga hujung Mac ini... insya-Allah kampung ini akan bersih dari kegiatan jenayah dadah dan PATI,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perhimpuna­n Bulanan Februari 2019, di Dataran Pahlawan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, semalam.

Hadir sama, timbalanny­a Superinten­dan George Abd Rakman.

Habibi berkata, pihaknya akan ambil tindakan yang drastik untuk tahun ini menjalanka­n operasi bersepadu membantera­s habis-habisan kegiatan jenayah dadah dan PATI.

“Saya akan membantera­s habis-habisan dengan kekuatan seluruh pegawai dan anggota IPD Kota Kinabalu,” tegasnya.

Sementara itu, beliau berkata, sepanjang 2018, seramai 2,166 orang ditahan atas pelbagai jenis kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun.

“Selain itu, tangkapan penagih berulang mengikut Seksyen 39C ADB 1952, seramai 43 orang berjaya dihadapkan ke muka pengadilan pada tahun lalu.

 ??  ?? HABIBI memeriksa barisan kawalan kehormatan pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan Februari 2019, di IPD Kota Kinabalu, semalam.
HABIBI memeriksa barisan kawalan kehormatan pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan Februari 2019, di IPD Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia