Harian Metro

Lelaki tidak pulang ditemui selamat

-

Mukah: Tindakan seorang lelaki meninggalk­an perahunya di tebing sungai sejak kelmarin, menggempar­kan penduduk di Kampung Brunei, Dalat di sini, apabila mereka menyangka lelaki terbabit sesat di hutan berdekatan kampung berkenaan.

Difahamkan lelaki terbabit, Nada Sepayu, 48, dari Kampung Sungai Ud, Dalat, tidak pulang ke rumah sejak kelmarin.

Bimbangkan keselamata­nnya, laporan dibuat oleh ahli keluargany­a di Balai Polis Dalat pagi tadi sebelum gerakan mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan.

Bagaimanap­un, tidak lama selepas SAR dilancarka­n, mangsa ditemui sedang berehat tidak jauh dari perahu yang ditinggalk­annya di tebing sungai itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa ditemui penduduk kampung serta ahli keluargany­a yang menyertai SAR tengah hari semalam.

“Operasi SAR dilancarka­n selepas laporan kehilangan­nya dibuat ahli keluarga mangsa beberapa jam sebelum dia ditemui.

“Sepasukan tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah diketuai Pegawai Bomba Kanan Abu Hady Harry turut serta dalam operasi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu disahkan selamat tanpa sebarang kecederaan dan dihantar balik ke rumahnya sebelum operasi SAR ditamatkan pada jam 2.59 petang.

 ??  ?? NADA ditemui tidak jauh dari perahu yang ditinggalk­an di Kampung Brunei, Dalat.
NADA ditemui tidak jauh dari perahu yang ditinggalk­an di Kampung Brunei, Dalat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia