Harian Metro

Khuatir chalet di Semporna dibangun secara haram

-

Kota Kinabalu: Chalet tumbuh bagai cendawan. Itu dakwaan Pengerusi Persatuan Syarikat Pelanconga­n Bumiputera Tempatan Semporna, Karino Jalani, berhubung kehadiran tempat penginapan di Semporna yang belum diluluskan pihak berkaitan.

Karino mendakwa, penginapan jenis chalet itu dipercayai diusahakan warga asing namun menggunaka­n tanah milik penduduk tempatan untuk membina chalet.

“Saya menyedari hal ini sejak tahun lalu apabila semakin banyak chalet berada di sekitar kampung di Semporna untuk pelancong menginap dan didapati menawarkan pakej pelanconga­n haram kepada pelancong yang menginap termasuk bot tidak berlesen,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya lagi, pertambaha­n tempat penginapan di Semporna yang semakin banyak memang membantu kerajaan dan daerah itu yang terkenal sebagai destinasi pelanconga­n.

“Namun ia perlu diusahakan mengikut prosedur iaitu perlu ada kelulusan daripada pelbagai pihak terutamany­a membabitka­n keselamata­n chalet yang dibina.

“Saya dapati ada chalet tidak mendapat Pelan Pembanguna­n (DP) dan tanah tempat pembinaan chalet bukan tanah komersial (CL). Ia perlu ditukar dari tanah berstatus anak negeri (NT) kepada CL, ikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Karino berkata, sebagai pengusaha pelanconga­n di daerah itu, timbul kebimbanga­n yang boleh membawa bahaya kepada pelancong yang menginap di chalet yang belum ada kelulusan daripada pelbagai pihak.

 ??  ?? KARINO
KARINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia