Harian Metro

Rampas 9 bakakuk buatan sendiri

-

Polis Sabah merampas sembilan senapang buatan sendiri jenis bakakuk di beberapa daerah di negeri ini, sepanjang awal Januari hingga kelmarin.

Pesuruhjay­a Polis

Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, dalam tempoh itu juga 17 individu berusia 20 hingga 50-an ditahan membabitka­n kes bakakuk.

“Rampasan membabitka­n di beberapa daerah termasuk di Keningau tiga bakakuk, Kinabatang­an dua bakakuk manakala Kota Kinabalu, Lahad Datu, Tawau dan Tuaran masing-masing satu rampasan bakakuk.

“Bagi statistik tangkapan, seramai 17 individu ditahan membabitka­n kes bakakuk termasuk di Keningau tujuh orang, Kinabatang­an (2), Kota Kinabalu (2), Labuan (2), dan Tawau (3),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, semalam.

Omar berkata, semua mereka dituduh mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Omar berkata, tangkapan itu termasuk satu kes terbaharu di Keningau apabila seorang penoreh getah cedera akibat terkena tembakan disyaki oleh pemburu haram, pada 22 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia