Harian Metro

‘Bantu kami baiki rumah’

 Empat keluarga mangsa ribut 5 bulan lalu dakwa tiada tindakan dilakukan

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

Empat keluarga merayu agar rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi yang rosak akibat angin kencang tahun lalu dibaiki segera.

Penduduk mendakwa selepas lima bulan daripada kejadian atap rumah diterbangk­an angin pada Ogos lalu, tiada pembaikan dilaksanak­an dan penduduk terpaksa berpindah ke lot kedai serta menumpang di rumah keluarga kerana rumah mereka tidak lagi selamat diduduki.

Ibu tunggal, Siti Rokaya Mohd Alip, 55, berkata, mereka juga masih membayar sewa rumah sebanyak RM170 kepada Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) setiap bulan biarpun tidak lagi tinggal di rumah terbabit kerana bimbang dikenakan tindakan termasuk rumah dikunci.

Selain sebahagian ruang yang tidak lagi berbumbung, katanya, lantai dan dinding rumah juga mula rosak disebabkan terdedah kepada cuaca panas dan hujan.

“Bukan saja tak selesa, atap yang tidak dibaiki juga mengancam keselamata­n penduduk. Sebelum ini ada kejadian besi daripada struktur atap rosak dari tingkat lima jatuh ke bawah hingga merosakkan kereta penduduk.

“Sudah beberapa kali kami buat susulan kepada MPS selain wakil rakyat, namun kami cuma diminta bersabar. Kami harap ia dibaiki segera agar kami boleh menyambut Aidilfitri dengan selesa,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Siti Rokaya berkata, mereka baru beberapa bulan mendiami rumah itu selepas berpindah ke PPR berkenaan dan cuma sempat menyambut Aidiladha sekali, sebelum atap diterbangk­an angin.

Seorang lagi penduduk, Siti Nurhuda Ibrahim, 52, berkata, mereka sudah berpindah sebanyak tiga kali sejak rumah mereka rosak dengan yang terakhir ditempatka­n di lot kedai PPR berkenaan.

Katanya, barangan yang ditinggalk­an di rumah termasuk perabot kini rosak kerana sering terdedah hujan dan panas.

“Kami cuma berharap pihak berkaitan dapat mempercepa­tkan pembaikan sebelum Aidilfitri kerana anak, cucu, menantu semua akan balik beraya,” katanya.

Siti Nurhuda berkata, untuk berpindah ke rumah atas air yang pernah didiami di Kampung Lupak Meluas, terletak berhampira­n PPR berkenaan hanya akan menambah beban kerana rumah kayu terbabit memerlukan lebih banyak pembaikan, selain mereka sudah menandatan­gani surat perjanjian persetujua­n untuk rumah atas air dirobohkan ketika berpindah ke PPR terbabit.

 ?? FOTO: POLIANA RONNIE SIDOM ?? SITI Rokaya melihat keadaan rumahnya di PPR Batu Sapi yang tidak berbumbung sejak lima bulan lalu selepas diterbangk­an angin kencang.
FOTO: POLIANA RONNIE SIDOM SITI Rokaya melihat keadaan rumahnya di PPR Batu Sapi yang tidak berbumbung sejak lima bulan lalu selepas diterbangk­an angin kencang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia