Harian Metro

Beri ruang pelbagai produk hasil nanas

-

Kota Belud: Kejadian gempa bumi di Ranau pada Jun 2015 membuka peluang kepada golongan wanita atau penanam nanas di Kampung Kiau Nuluh di sini, mempelbaga­ikan produk hasil nanas mereka.

Projek berasaskan komuniti bagi memperkasa­kan dan meningkatk­an taraf hidup serta menggalakk­an pertanian nanas secara berterusan kepada wanita dan keluarga mereka di kampung berkenaan dilaksanak­an dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) selepas penduduk terjejas akibat gempa bumi.

Ini kerana selepas kejadian itu, mereka hilang pendapatan apabila harga nanas jatuh menjunam sehingga 50 sen satu kilogram (kg) berbanding RM2 satu kg akibat berlaku lambakan buah berkenaan.

Pengerusi Persatuan Koonduan Kiau Nuluh, Florence Duaneh, 45, ketika ditemui di Kampung Kiau Nuluh berkata, kehadiran beberapa NGO yang pada awalnya membantu untuk memberi semangat, membuka jalan kepada projek berasaskan buah nanas.

“Sebuah NGO (Good Shepherd Services atau GSS) melihat kami ada sumber yang boleh dipelbagai­kan, sekali gus sebagai punca pendapatan baharu. Mereka (GSS) mengajar kami bagaimana

menghasilk­an produk berasaskan nanas.

“Semua bahan mentah adalah daripada kami, manakala modal turut dibantu oleh GSS,” katanya sambil menambah projek sosiokonom­i ini yang pada asalnya hanya membabitka­n 11 wanita di kampung itu bermula pada Ogos 2015.

Kebanyakan penduduk Kampung Kiau Nuluh, Kota Belud yang terletak kira-kira lebih sejam perjalanan dari pekan itu adalah pengusaha nanas. Apa yang menariknya, semua 60 wanita yang terbabit dalam projek itu masing-masing mempunyai ladang nanas sendiri antara 0.4 hektar hingga satu hektar.

Mengulas lanjut, Florence berkata, projek itu kini telah mengeluark­an lima produk berasaskan nanas iaitu Cutni Nanas, Cutni Nanas Bilis (asli), Jem, Cutni Nanas Bilis (pedas) dan Jus yang dijual antara RM5 hingga RM13 sebotol.

 ??  ?? FLORENCE menunjukka­n sebahagian produk berasaskan nanas yang dihasilkan persatuan.
FLORENCE menunjukka­n sebahagian produk berasaskan nanas yang dihasilkan persatuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia