Harian Metro

TONGKOL HABUAN KENDURI

-

Kuala Terengganu: Muhammad Syukur Khamis, 14, yang digelar Mowgli Malaysia tidak bersedih lagi selepas kerbau kesayangan­nya, Tongkol disembelih untuk dijamu kepada tetamu kenduri menyambut menantu keluargany­a di sini, semalam.

Sebaliknya, dia yang juga turut dikenali sebagai Kampung Boy ceria melayan tetamu yang meraikan perkahwina­n dua abangnya di kediaman keluarga di Kampung Banggol Katong di sini.

Keakrabann­ya dengan kerbau peliharaan keluarga dan gaya kehidupan desa sehingga gambar dirakam meraih pengiktira­fan antarabang­sa baru-baru ini menyebabka­n populariti­nya melonjak, sekali gus menjadi tumpuan tetamu bergambar berbanding dua pengantin pada majlis itu.

Malah, Muhammad Syukur seolah-olah diberi tugas khas pada majlis itu dengan melayan tetamu yang mahu merakam kenangan dengannya.

“Memang sangat penat sebab dari jam 9 pagi sehingga 4.30 petang tetamu tak putus-putus nak bergambar dengan saya.

“Bagaimanap­un, saya tak kisah dan ingat pesan ayah supaya jangan sombong dan layan orang yang menegur dan nak ambil gambar,” katanya.

Berbanding kelmarin, remaja berkenaan kelihatan ceria dan langsung tidak muram, malah dia memilih makan daging lembu saja pada majlis itu.

“Bukan saya tak makan daging kerbau, tapi hari ini

hanya makan daging lembu,” katanya pada majlis meraikan pasangan Muhamad Kamil, 30, dan Nur Baizura Ramli, 31, serta Muhamad Alias, 29, dan Nurul Aina Che Jusoh yang turut dihadiri 5,000 tetamu.

Sementara itu, Muhamad Kamil berkata, dia dan isteri tidak kisah apabila tetamu memberi perhatian kepada Muhammad Syukur pada majlis perkahwina­nnya.

“Majlis ini untuk meraikan Syukur juga, memang kami dah tahu orang datang pun sebab nak bergambar dengannya,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Khamis Jusoh, 63, berkata, tetamu tidak putus-putus sejak jam 9 pagi sehingga petang.

“Saya jangka 3,000 tetamu, tapi sekarang tak boleh nak agak, sudah lebih ramai daripada itu,” katanya.

“Semalam (kelmarin) Syukur sedih sebab ramai orang bertanya sedih atau tidak kerana kerbau kesayangan­nya mahu disembelih, jika tidak fikir dia tidak berasa sangat dengan kehilangan Tongkol,” katanya.

Ayah pesan jangan sombong dan layan orang nak ambil gambar Muhammad

Syukur

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Syukur menjadi tumpuan tetamu pada majlis sambut menantu di Kampung Banggol Katong.
MUHAMMAD Syukur menjadi tumpuan tetamu pada majlis sambut menantu di Kampung Banggol Katong.
 ??  ?? MUHAMMAD Syukur (kanan) dan abangnya, Muhamad Azhar bersama Tongkol sebelum disembelih.
MUHAMMAD Syukur (kanan) dan abangnya, Muhamad Azhar bersama Tongkol sebelum disembelih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia