Harian Metro

PIL KHAYAL RM60J DALAM EKZOS

Kastam, polis tumpas cubaan seludup masuk pil khayal bernilai RM60 juta

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Menyembuny­ikan pil dadah jenis Eramin 5 dalam ekzos motosikal. Itu taktik baharu sindiket penyeludup­an dadah yang dikesan ketika menggunaka­n laluan laut untuk membawa masuk dadah ke negara ini.

Bagaimanap­un, taktik sindiket pengedaran dadah menyeludup pil bernilai RM60 juta menggunaka­n dua kontena mengandung­i ekzos gagal apabila berjaya dipatahkan pasukan khas dianggotai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromania­m berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Narkotik JKDM dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman melakukan pemantauan terhadap kontena di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, jam 1 tengah hari pada 31 Januari lalu.

“Kontena ini baru tiba dari Taipei, Taiwan dan hasil pemeriksaa­n terhadap satu kontena diisytihar sebagai muatan alat ganti kenderaan mengandung­i muatan 139 kotak berisi 1,248 ekzos motosikal.

“Pemeriksaa­n lanjut menggunaka­n Anjing Pengesan Dadah (APD) pada semua tabung ekzos membawa kepada penemuan plastik lutsinar berisi tiga juta pil Eramin 5 seberat 480 kilogram disembunyi­kan dalam tabung ekzos berkenaan,” katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan dan pematuhan), Datuk Azimah Abd Hamid dan Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Susulan rampasan itu, Subromania­m berkata, pihaknya menahan seorang lelaki yang juga pengarah syarikat berusia 26 tahun bagi membantu siasatan.

Katanya, suspek kini direman lima hari sehingga 13 Februari depan bagi membantu siasatan mengikut Seksen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kami masih mengenal pasti pihak lain disyaki terbabit dalam kegiatan ini termasuk ejen perkapalan.

“Kami tidak menolak kemungkina­n pembabitan ‘orang dalam’ menyeludup masuk dadah ini,” katanya.

Beliau berkata, ia kejayaan pertama dan terbesar pihaknya susulan penubuhan jawatankua­sa khas dengan kerjasama

PDRM bertujuan menangani penyeludup­an dadah ke negara ini.

Kontena baru tiba dari Taipei, Taiwan T Subromania­m

 ??  ??
 ?? FOTO: IQMAL HAQIM ROSMAN ?? SEBAHAGIAN dadah yang disorokkan di dalam tabung ekzos.
FOTO: IQMAL HAQIM ROSMAN SEBAHAGIAN dadah yang disorokkan di dalam tabung ekzos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia