Harian Metro

PANDAI CAKAP LAGI MAHAL

Lapan pelacur warga asing ditahan dalam serbuan di hotel

- Hidayatul Akmal Ahmad cnews@nstp.com.my

Bercakap dialek tempatan untuk mendapatka­n harga langganan tinggi antara taktik digunakan pelacur warga asing yang didedahkan dalam serbuan Ops Noda di sebuah hotel di bandar ini, jam 7.30 malam kelmarin.

Serbuan dijalankan Bahagian Antimaksia­t, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Dalam serbuan itu, 11 individu membabitka­n lapan wanita Vietnam dan Indonesia serta tiga lelaki iaitu pekerja selain penjaga premis berkenaan berusia 23 tahun hingga 33 tahun ditahan.

Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superinten­dan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, lazimnya pelacur tempatan mendapat bayaran lebih tinggi berbanding pelacur luar.

“Untuk warga tempatan, biasanya dikenakan bayaran sehingga RM300 seorang berbanding pelacur luar yang hanya mendapat bayaran RM80 hingga RM180.

“Jadi, pelacur warga asing ini berusaha bertutur dialek tempatan. Kami percaya, mereka mampu memperoleh sehingga RM1,000 sehari, bergantung kepada bilangan pelanggan.

“Kami turut merampas

RM3,315, 33 kondom, tiga tiub pelincir selain tiga alat kawalan jauh,” katanya, semalam.

Menurut beliau, tiga lelaki tempatan berusia 30-an hingga 50-an yang membuat bayaran tidak sempat melanggan pelacur terbabit apabila premis itu tiba-tiba diserbu.

Katanya, sindiket yang menguruska­n kumpulan pelacur itu mencari pelanggan melalui aplikasi WeChat.

“Sindiket melakukan tawar-menawar harga sehingga pelanggan setuju sebelum menyerahka­n gambar untuk tatapan,” katanya.

Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen.

 ??  ?? ANTARA pelacur warga asing yang ditahan di sebuah hotel di Seri Kembangan, kelmarin.
ANTARA pelacur warga asing yang ditahan di sebuah hotel di Seri Kembangan, kelmarin.
 ??  ??
 ??  ?? KAD diskaun yang ditawarkan kepada pelanggan.
KAD diskaun yang ditawarkan kepada pelanggan.
 ??  ?? LELAKI tempatan iaitu penjaga dan pekerja premis turut ditahan.
LELAKI tempatan iaitu penjaga dan pekerja premis turut ditahan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN komdom, pasport dan kad pengenalan pelanggan yang dirampas.
SEBAHAGIAN komdom, pasport dan kad pengenalan pelanggan yang dirampas.
 ??  ?? BILIK melayan pelanggan.
BILIK melayan pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia