Harian Metro

Harga petrol naik 4 sen

-

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 naik empat sen, masing-masing pada harga RM2.27 seliter dan RM1.97 seliter, manakala diesel kekal RM2.18 seliter.

Kementeria­n Kewangan dalam kenyataan semalam berkata, harga runcit produk petroleum yang ditetapkan itu bagi tempoh 9 Februari sehingga 15 Februari ini.

“Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunaka­n formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Harga produk petroleum diproses (refined product) di pasaran dunia meningkat berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada AS$60 setong kepada

AS$62 setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$72 setong kepada AS$73 setong bagi diesel.

“Peningkata­n harga pasaran global ini menyebabka­n kenaikan harga runcit bagi produk petrol dan diesel,” katanya.

Harga RON97 dan RON95 bagi minggu lalu turun lima sen kepada RM2.23 dan RM1.93, manakala diesel kekal RM2.18.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia