Harian Metro

TRAGEDI MASUK LOJI

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

“Pada mulanya saya dan isteri sangka objek yang terapung itu adalah anak patung.

“Namun selepas isteri melihatnya dengan lebih dekat, dia mendapati objek itu adalah mayat kanak-kanak,” kata Shamsul Awang, 69, saksi penemuan mayat kanak-kanak lelaki terapung di dalam loji kumbahan di Taman Sejahtera di Kepong di sini, kelmarin.

Pada kejadian jam 12.55 tengah hari, mayat Amirul Hazi Kamal Zuhaiza, 6, ditemui pekerja loji kumbahan sebelum ia dimaklumka­n kepada penduduk berhampira­n.

Susulan kejadian, Shamsul bersama isteri yang tinggal berhadapan loji kumbahan terbabit segera ke lokasi bagi memastikan kesahihan penemuan mayat itu sebelum memaklumka­nnya kepada polis.

“Mangsa dipercayai anak kepada penduduk Flat Taman Sejahtera yang terletak hampir 300 meter dari loji kumbahan.

“Polis memaklumka­n penemuan kepada ibu mangsa dan membawanya ke lokasi bagi proses pengecaman mayat,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di Taman Sejahtera.

Shamsul berkata, susulan kejadian, polis turut menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di rumah jirannya yang tinggal berhadapan dengan pintu pagar loji kumbahan terbabit.

“Hasil semakan CCTV mendapati, ada dua kanak-kanak menyelusup masuk dalam loji kumbahan itu menerusi ruang tepi pintu pagar, kira-kira jam 7.02 malam, Selasa lalu.

“Seorang kanak-kanak perempuan manakala seorang lagi lelaki dan mereka dipercayai pasangan adik-beradik dan selang beberapa jam kemudian, kanak-kanak perempuan itu

Pasangan jumpa

mayat kanak-kanak lelaki terapung dalam loji kumbahan

keluar berseorang­an.

“Kejadian dipercayai berlaku pada hari berkenaan, tetapi saya tidak pasti sama kanak-kanak perempuan itu menceritak­an mengenai kejadian kepada ibunya atau sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, sumber polis berkata, siasatan mendapati mangsa adalah anak kepada seorang wanita berusia 28 tahun yang tinggal di Flat Taman Sejahtera.

Katanya, hasil maklumat diperoleh, wanita berkenaan mendakwa anaknya sudah dua hari tidak pulang ke rumah.

“Semakan

mendapati mangsa tidak melaporkan kepada polis mengenai kehilangan anaknya itu walaupun sudah dua hari tidak pulang.

“Susulan itu, wanita berkenaan di bawa ke Balai Polis Jinjang untuk siasatan lanjut,” katanya semalam.

Menurut sumber, hasil siasatan dijalankan anggota forensik di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan buat masa ini kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

 ??  ?? MAYAT mangsa ditemui terapung dalam loji kumbahan.
MAYAT mangsa ditemui terapung dalam loji kumbahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia