Harian Metro

MOTOSIKAL JADI TRAK

- Aizat Sharif mohd.aizat@hmetro.com.my

Graduan UUM ubah suai kenderaan hibrid tiga roda menjadi kenderaan komersial

Alor Setar

Seringkali pengguna jalan raya yang melalui kawasan Kuala Sungai di Jalan Kubang Rotan untuk ke Kuala Kedah di sini, tidak akan terlepas daripada melihat deretan kenderaan unik roda tiga yang diletak di depan sebuah bengkel.

Malah, kenderaan hibrid gabungan motosikal dengan trak kecil buatan China itu turut menjadi tumpuan mereka yang menggunaka­n jalan itu untuk berhenti serta bergambar dengannya yang lazimnya banyak digunakan di Thailand.

Namun, graduan Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan dari Universiti Utara

Malaysia (UUM), Isma

Al Cheh Mae, 37, mengambil inisiatif mengusaha dan mereka bentuk konsep kenderaan itu sehingga berjaya menarik perhatian pengguna seluruh negara untuk menggunaka­nnya bagi pelbagai tujuan.

“Ia adalah motosikal elektrik roda tiga dan kenderaan ini buatan China.

“Saya mengusahak­an perniagaan menjual kenderaan ini sejak April 2018. Selain mengurus dan menyelaras tugasan di bengkel, saya juga mengubah suai motosikal elektrik roda tiga ini termasuk mereka bentuknya semula mengikut cita rasa pelanggan,” katanya ditemui di bengkelnya.

Menurut Isma, dia melakukan beberapa pengubahsu­aian mengikut cita rasa pelanggan dan setiap satu daripadany­a, memiliki keistimewa­an untuk membawa muatan masing-masing.

 ?? Isma ?? ISMA mempunyai kemahiran mengubah suai menjadi trak makanan.
BAHAGIAN belakang boleh membawa penumpang mahupun bagasi. ISMA membawa masuk kenderaan hibrid daripada China seterusnya diubah suai sehingga mendapat permintaan daripada PKS. Permintaan terhadap motosikal elektrik roda tiga yang diubahsuai ini sangat memberangs­angkan terutama kepada individu atau syarikat yang terbabit dalam sektor perhotelan, perladanga­n, pertanian selain perusahaan kecil dan sederhana (PKS)” ISMA memulakan perniagaan mengubah suai kenderaan hibrid sejak April tahun lalu. KENDERAAN hibrid dipamerkan di luar bengkel bagi menarik minat pengguna jalan raya.
Isma ISMA mempunyai kemahiran mengubah suai menjadi trak makanan. BAHAGIAN belakang boleh membawa penumpang mahupun bagasi. ISMA membawa masuk kenderaan hibrid daripada China seterusnya diubah suai sehingga mendapat permintaan daripada PKS. Permintaan terhadap motosikal elektrik roda tiga yang diubahsuai ini sangat memberangs­angkan terutama kepada individu atau syarikat yang terbabit dalam sektor perhotelan, perladanga­n, pertanian selain perusahaan kecil dan sederhana (PKS)” ISMA memulakan perniagaan mengubah suai kenderaan hibrid sejak April tahun lalu. KENDERAAN hibrid dipamerkan di luar bengkel bagi menarik minat pengguna jalan raya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia