Harian Metro

Siasat kes tumbuk tentera darat

-

Tentera darat sudah menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat kejadian pegawai kanan pasukan itu yang didakwa menumbuk anggota bawahan seperti yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Tentera darat pada kenyataan berkata, pihaknya tidak teragakaga­k untuk mengambil tindakan terhadap semua pihak tanpa mengira pangkat dan kedudukan jika didapati bersalah.

“Kes membabitka­n pegawai kanan didakwa menumbuk anggota bawahan yang bertugas dan tular di media sosial disahkan berlaku pada 4 Februari lalu di Balai Pengawal Utama Kem Sungai Udang, Melaka.

“Kes disiasat dan ia adalah kes terpencil yang berlaku dalam tentera darat,” katanya.

Menurut kenyataan, lembaga siasatan sudah ditubuhkan dan saksi berkaitan yang terbabit dengan insiden itu juga dikenal pasti dan diarahkan membantu siasatan.

“Tentera Darat mengambil serius isu ini kerana ia bertentang­an dengan peraturan dan disiplin tentera. Hasil siasatan akan diteliti sebaik mungkin sebelum tindakan diambil berdasarka­n undang-undang serta peraturan sedia ada,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia