Harian Metro

Izin tarik balik pindah kes

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, membenarka­n permohonan pendakwaan dalam kes membabitka­n bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak, Datuk Rizal Mansor menarik balik pemindahan kes itu ke mahkamah lain.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas dimaklumka­n Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib bahawa terdapat kesilapan teknikal di dalam permohonan itu.

Ahmad Akram berkata, sepatutnya kes itu dipindahka­n dan didengar di hadapan Hakim Momohonan hamed Zaini Mazlan bagaimanap­un akibat kesilapan itu pihaknya menarik balik dengan kebebasan untuk memfailkan semula per- baru.

“Pihak kami sepatutnya mengemukak­an permohonan untuk kes ini dibicaraka­n bersama dengan kes satu lagi (membabitka­n isteri bekas

Perdana Menteri, Datin Seri

Rosmah Mansor). “Bagaimanap­un demi keadilan kami menarik dahulu permohonan ini dan mengemukak­an permohonan baharu,” katanya.

Peguam Ridha Abdah Subri yang mewakili Rizal, 44, tidak mengemukak­an sebarang bantahan.

Pada 15 November lalu, Rizal mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berjumlah RM5.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak.

 ??  ?? R I Z AL
R I Z AL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia