Harian Metro

Luahan hati bapa seorang penagih

-

“Hati bapa mana tidak luluh apabila melihat anaknya terjebak dengan dadah. Sampai satu ketika saya hampir putus asa ketika membantu anak membuang ketagihan syabunya itu,” luah bapa kepada seorang remaja lelaki yang ketagih syabu sejak setahun lalu.

Lelaki itu yang juga seorang kontraktor mahu dikenali Hadi, 40-an, mengakui, anak sulungnya berusia 17 tahun menjadi tidak siuman selepas terjebak dengan ketagihan dadah syabu sejak awal tahun lalu.

Katanya, anak sulung daripada tiga beradik itu sebelum ini seorang yang patuh kepada ibu bapa, namun berubah sikap gemar memberonta­k dan panas baran akibat ketagih syabu.

“Saya mula perasan perubahan sikapnya awal tahun lalu apabila dia mula melawan cakap saya dan ibunya. Tambah mengejutka­n apabila dia dibuang sekolah pada Mac tahun lalu apabila didapati mencuri wang tunai RM40 di dalam makmal sekolah.

“Sejak itu, saya sedar wang di rumah kami juga hilang angkaranya. Saya syak dia mencuri wang untuk membeli dadah,” katanya ketika ditemui wartawan.

Hadi berkata, sepanjang tempoh tahun lalu, anaknya kerap tidak pulang ke rumah dan kerap marah apabila perbuatann­ya ditegur.

“Anak saya ada ramai kawan termasuk anak jiran yang pernah ditahan kerana kesalahan menagih dadah. Saya juga melarang dia supaya tidak berkawan dengan lelaki berusia lingkungan 20-an itu, tetapi tidak dipedulika­n.

“Malah, tindakan menegurnya membuatkan anak saya memberonta­k hingga tidak pulang ke rumah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia