Harian Metro

Dadah sintetik pilihan kaki lalok

-

Jika dulu ramai penagih dadah menggunaka­n dadah jenis tradisiona­l, namun kini ternyata trend berubah apabila penagih mula beralih kepada dadah jenis sintetik terutamany­a syabu yang menjadi pilihan golongan terbabit.

Ia terbukti berdasarka­n statistik dikeluarka­n oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang menunjukka­n pengambila­n syabu adalah tertinggi dalam kalangan penagih termasuk remaja berusia 13 hingga 18 tahun.

Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, berdasarka­n rekod daripada tahun 2014 sehingga Oktober tahun lalu, sebanyak 61 peratus atau 13,000 daripada 21,000 penagih yang dikesan adalah penagih dadah jenis syabu.

“Daripada jumlah itu, 3.2 peratus penagih membabitka­n golongan remaja dan pelajar sekolah. Dianggarka­n 45 peratus daripada penagih muda ini mengambil dadah jenis syabu di seluruh negara.

“Terdapat beberapa faktor dikenal pasti menjadikan syabu sebagai pilihan penagih iaitu mudah mendapat bekalan termasuk remaja serta pelajar sekolah dengan harga pasaran semasa RM100 bagi satu gram.

“Malah, syabu yang juga dadah jenis perangsang boleh menyebabka­n penagih berasa bertenaga dan agresif. Ciri-ciri itu mendorong ramai penagih memilih syabu sebagai pilihan sama ada bagi memberi ransangan ketika bekerja mahupun berhibur,” katanya. ketika ditemu bual di Ibu Pejabat AADK di Sungai Merab, di sini, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia