Harian Metro

Tiada kebenaran bersauh

-

KAPAL yang ditahan Maritim Malaysia Zon Tanjung Sedili, kelmarin.

Tinggi: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan kapal tangki dalam Op Khas Pagar Laut 1/2019 di Perairan Pengerang, dekat sini, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd Zulfadi Nayan berkata, kapal itu ditahan pada jam 1.30 tengah hari pada kedudukan kira-kira 1.8 batu nautika tenggara Tanjung Ayam di Perairan Pengerang.

“Sebuah kapal tangki tanpa muatan ditahan kapal ronda Maritim Malaysia dalam Op Khas Pagar Laut 1/2019 yang bermula pada 26 Januari lalu sempena perayaan

Tahun Baharu Cina.

“Kapal terbabit ditahan selepas pemeriksaa­n mendapati kapal tangki itu gagal mengemukak­an kebenaran bersauh dari Pengarah Laut Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mohd Zulfadi berkata, kapal tangki yang berdaftar di Pelabuhan Klang itu dikendalik­an oleh sembilan kru termasuk nakhoda berusia antara 26 hingga 66 tahun dan semua mereka warganegar­a Indonesia.

“Kes akan disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 Seksyen 491B(I) iaitu bersauh tanpa kebenaran.

“Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun,” katanya.

Beliau berkata, sebelum itu, pihaknya turut menahan dua kapal tangki pada 1 dan 4 Februari lalu di sekitar perairan Pengerang di sini.

“Sehingga kini, empat kapal ditahan atas kesalahan yang sama sepanjang Op Khas Pagar Laut 1/2019 di bawah seliaan Zon Maritim Tanjung Sedili.

“Maritim Malaysia sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan akan sentiasa mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan kesejahter­aan perairan negara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia