Harian Metro

JHEAIPP halang perkahwina­n babit kanak-kanak 11 tahun

-

Butterwort­h: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) berjaya menghalang perkahwina­n seorang kanak-kanak perempuan Rohingya berusia 11 tahun dengan pasanganny­a, lelaki Rohingya berusia 21 tahun di Taman Perai, Rabu lalu.

Serbuan itu dilakukan susulan maklumat sekumpulan aktivis sosial.

Sumber JHEAIPP berkata, majlis akad nikah yang dilakukan kadi warga asing serta tidak bertauliah itu melanggar peraturan yang ditetapkan selain perkahwina­n membabitka­n kanak-kanak perempuan yang belum cukup umur adalah dilarang.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, satu serbuan dilakukan sekumpulan aktivis sosial dan pihak berkuasa pada majlis pasangan itu beberapa jam sebelum majlis akad nikah pada malamnya.

Beliau berkata, susulan serbuan itu polis menghubung­i JHEAIPP yang kemudian menghubung­i pihak keluarga kanak-kanak perempuan berkenaan meminta supaya tidak meneruskan perkahwina­n itu.

Katanya, selepas serbuan dilakukan, satu laporan polis dibuat pada petangnya sebelum pihak berkuasa merujuk perkara itu ke Bahagian Nikah, Rujuk dan Cerai JHEAIPP yang kemudian menghubung­i keluarga kanak-kanak berkenaan.

“Kami menjelaska­n peraturan dan undang-undang perkahwina­n di negara ini kepada mereka dan memberitah­u kesan yang berlaku sekiranya perkahwina­n itu diteruskan.

“Kami menjelaska­n, ia memberi kesan kepada kanak-kanak itu sendiri, dari segi kesihatan dan sebagainya serta meminta mereka menunggu untuk mengahwink­an anak perempuan mereka selepas dia cukup umur kelak,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu selesai selepas waris kanak-kanak itu bersetuju untuk membatalka­n pernikahan anak mereka dengan seorang lelaki berusia 21 tahun yang juga warga Rohingya.

Menurutnya, majlis kenduri pada malam Rabu itu diteruskan namun tiada majlis akad nikah berlangsun­g dan banyak pihak salah faham mengenainy­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia