Harian Metro

20 TAN SEMINGGU

- Mohd Rafi Mamat cnews@nstp.com.my

Pengeluara­n manggis di luar musim kali ini memberi peluang terbaik kepada seorang pemborong buah-buahan itu memasarkan­nya ke negara jiran Thailand secara besar-besaran.

Usaha julung kali diadakan itu mendatangk­an hasil kepada Ahmad Mustafa, 39, apabila lebih 100 tan dieksport secara terus kepada pembekal di negara gajah putih itu sejak tiga bulan lalu.

Ahmad berkata, permintaan menggalakk­an selain tawaran harga tinggi mendorongn­ya terbabit dengan aktiviti pasaran manggis ke Thailand sebagai percubaan pertamanya pada musim buah-buahan kali ini.

Setiap minggu, katanya, dia mampu menghantar lebih 20 tan manggis ke negara jiran menggunaka­n jalan darat selepas melalui beberapa proses.

“Saya mendapat bekalan manggis daripada pekebun kecil di daerah ini, Lipis dan Bentong dan sebuah rumah milik penduduk Kampung Sega Lama di sini, dijadikan pusat pengumpula­n.

“Saya menggunaka­n seramai 36 pekerja terdiri daripada golongan muda untuk melakukan kerja memetik buah, penggredan, membungkus serta mengisi dalam bakul sebelum menaiki lori.

“Hanya buah manggis yang 50 hingga 70 peratus masak saja dipetik, ia bagi menjaga kualiti buah apabila sampai kepada pemborong atau penerima di Thailand, ” katanya yang berpengala­man lebih lima tahun sebagai pemborong buah-buahan di Kampung Damak, Jerantut.

Menurutnya, buah yang mencapai 90 peratus masak hanya untuk pasaran tempatan saja, manggis masak hanya mampu tahan tiga hingga lima hari.

Pemborong buah berjaya eksport manggis ke Thailand

Ahmad yang mendapat sokongan rakan kongsinya, Mahmud Che Mamat, 53, berkata, kualiti manggis di Pahang Barat terutama di Raub dan Bentong mendorong dia untuk mencuba menembusi pasaran antarabang­sa walaupun Thailand adalah negara pertanian yang lebih maju daripada Malaysia.

 ?? FOTO: MOHD RAFI MAMAT ?? AHMAD melihat buah manggis yang bakal dihantar ke Thailand.
FOTO: MOHD RAFI MAMAT AHMAD melihat buah manggis yang bakal dihantar ke Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia