Harian Metro

MUSANG KING LAH!

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@nstp.com.my

Peniaga guna durian mahal dalam cendol terkejut viral

“Tidak tahu apa niat dia berbuat demikian tetapi harga yang kami tawarkan memang berpatutan kerana durian digunakan adalah jenis Musang King dan bukan durian biasa,” kata Pemilik Raja Cendol Taming Sari Muhammad Ariff Qayyum Mohd Zambri, 25.

Menurut usahawan muda itu, dia menyedari harga cendol premisnya tular dan didakwa mahal oleh orang ramai selepas menerima pesanan WhatsApp.

“Saya mengaggap insiden berlaku ini sesuatu yang positif dan secara tidak langsung penularann­ya membantu mempromosi­kan premis.

“Kepada pelanggan yang sudah biasa dengan harga durian, mereka tidak mempertika­ikan harga ditetapkan kerana memahami.

“Sejak mula dibuka 19 bulan lalu, harga dikenakan masih sama antara RM17 hingga RM38,” katanya ketika ditemui di Raja Cendol Taming Sari di Menara Taming Sari, semalam.

Muhammad Ariff berkata, harga ditentukan berdasarka­n jenis durian yang disediakan iaitu Musang King, Udang Merah, D24 dan D101.

 ??  ?? GAMBAR cendol yang diviralkan.
GAMBAR cendol yang diviralkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia