Harian Metro

BIJAK ATASI

-

impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu sekiranya ia tidak ditadbir dan tidak dikawal dengan metodologi yang tepat.

Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan, dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.

Berlaku juga kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah dengan mendera anak atau ke tahap melampau sehingga sanggup membunuh diri.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam. Islam telah menggagask­an bahawa seseorang yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Tuhan.

Allah SWT telah memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan sebegini melalui firman-Nya yang bermaksud: “Demi sesungguhn­ya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhn­ya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah al-Baqarah ayat 155-156).

Kita harus menerima hakikat bahawa kehidupan manusia akan selalu diuji oleh Allah SWT. Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti tekanan kerja sebegini bertujuan memantapka­n nilai keimanan, ketakwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepadaNya.

Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 4 maksudnya: “(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Banyak kaedah menghadapi tekanan kerja berlandask­an ajaran Islam yang cukup berkesan untuk diamalkan. Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbany­akkan solat sunat.

Banyak kajian pakar psikologi barat sendiri yang memperakuk­an fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang.

Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifikn­ya solat adalah suatu tempoh masa ‘aman dan damai’ di mana seluruh tubuh dan minda seseorang terfokus kepada sesuatu (kepada Allah SWT).

Gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrin­e dan Norepineph­rine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan.

Daripada perspektif Islam, dengan mendirikan solat fardu lima waktu dan dilengkapk­an dengan amalan solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolonga­n oleh Allah SWT dalam sebarang kesukaran seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 153 maksudnya: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolonga­n dengan bersabar dan dengan (mengerjaka­n) sembahyang; kerana sesungguhn­ya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”

Keduanya, dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya adalah amalan yang mampu menenangka­n jiwa sebagaiman­a jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra’d ayat 28 maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramla­h hati manusia.”

Ketiganya, mengamalka­n mendengar, membaca dan menghayati akan tafsir al-Quran. Diriwayatk­an bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, “al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda”. (Riwayat Bukhari)

Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jualah tempat yang kekal selama-lamanya. Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa sahaja yang berlaku di dunia ini baik ianya bersifat positif ataupun negatif adalah sekadar ‘warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama’ dan akan mendapat balasan yang setimpalny­a di akhirat kelak.

Kelimanya, dengan amalan berdoa,memohon keampunan dan menyerahka­n segala apa yang telah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud:

Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenanka­n doa permohonan kamu. Sesungguhn­ya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina’.

Penulis Pensyarah Kanan Program Dakwah Dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia