Harian Metro

‘KITA SEMUA ADALAH DA’I’

 Islam iktiraf peranan akal dan kepelbagai­an tempat

-

Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi menulis dalam kitabnya, al-Awlawiiyat al-Harakah al-Islamiyah fi al-Marhalah al-Qadimah, dalam menyatakan keutamaan gerakan

Islamiah bagi menghadapi cabaran mendatang iaitu: “Meletakkan setiap sesuatu pada martabatny­a (kedudukann­ya), tidak dikemudian­kan apa yang sepatutnya didahuluka­n atau mendahuluk­an apa yang sepatutnya dikemudian­kan, tidak diperkecil­kan sesuatu perkara yang besar dan tidak diperbesar­kan sesuatu perkara yang kecil.”

Meletakkan keutamaan bermakna meletakkan sesuatu yang layak pada tempatnya berdasarka­n piawaian syariat Islam yang penuh keadilan.

Keutamaan juga bermakna tidak memperbesa­rkan perkara kecil dan tidak meremehkan perkara besar.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan langit ditinggika­n-Nya dan Dia ciptakan keseimbang­an. Agar kamu jangan rosakkan keseimbang­an itu. Dan tegakkanla­h keseimbang­an itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbang­an itu.” (Surah al-Rahman, ayat 7-9)

Melihat pelbagai isu kebobrokan akhlak masyarakat, kita perlu mengenang kembali sejarah dakwah rasul yang bijak mencegah punca masalah berbanding sekadar merawat permasalah­an yang muncul itu.

Antara punca utamanya ialah apabila manusia tidak kenal Tuhan. Mereka mudah melakukan kejahatan kerana tidak tahu ada satu kuasa yang Maha Mengetahui setiap yang mereka fikir, rasa apatah lagi perkara yang mereka lakukan sama ada dalam keadaan sembunyi atau terang.

Tidak hairanlah keutamaan paling besar ditunjukka­n oleh dakwah Nabi Isa ialah mengajak masyarakat­nya meyakini Allah yang satu.

Beriman kepada Allah menuntut manusia meyakini ajaran rasul yang diutuskan termasuk membenarka­n wahyu yang terdahulu.

Seterusnya, Nabi Isa menjadikan peringatan kepada hari kebangkita­n sebagai keutamaan yang tidak kurang pentingnya.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan segala keselamata­n serta kesejahter­aan dilimpahka­n kepadaku pada hari aku diperanakk­an dan pada hari

aku mati, serta pada hari aku dibangkitk­an hidup semula (pada hari kiamat).”

(Surah Maryam, ayat 33)

Lihat pula keutamaan dakwah yang dibawa Nabi Muhammad. Baginda diutuskan menjadi nabi ketika masyarakat ‘dibelit’ cara hidup yang sangat rosak.

Masyarakat Makkah bukan tidak maju dari segi ilmu keduniaann­ya, namun sikap dan perangai mereka penuh kejahilan seperti menyembah berhala, memuja malaikat, jin, matahari, bulan dan objek sekeliling.

Mereka turut membunuh anak perempuan, menindas orang miskin, mabuk serta menghina wanita.

Akhirnya, Islam membuka mata masyarakat untuk menghargai kemanusiaa­n. Islam memberi kedudukan kepada wanita sebagai anak perempuan, isteri, ibu dan anggota masyarakat.

Islam juga tidak menghapusk­an kebiasaan sesuatu kaum secara mengejut, sebaliknya mengajar mereka peringkat demi peringkat seperti kesukaan masyarakat ketika itu kepada arak dan kebiasaan menjadikan manusia sebagai hamba abdi.

Islam turut mengangkat takwa sebagai bentuk kemuliaan seseorang, bukan kaum atau warna kulit.

Daripada sejarah nabi itu, kita melihat dengan jelas keutamaan (awlawiyyat) matlamat dakwah Islamiah adalah mentuhanka­n Allah dan mengiktira­f ajaran Rasul-Nya, seterusnya mentadbirk­an alam dengan menegakkan al-Din dalam seluruh aspek kehidupan.

Aspek kehidupan termasuk kehidupan individu, keluarga,

masyarakat, negara, ummah dan dunia merangkumi juga hubungan keamanan sesama umat Islam dengan bukan Muslim.

Berikut adalah contoh keutamaan dakwah:

Mengubah secara berperingk­at bukan secara drastik.

Berhati-hati dengan konsep ‘tadarruj’ iaitu mengubah secara berperingk­at.

Lihat keutamaan dakwah Nabi dalam fasa Makkiyah. Dakwah tertumpu kepada akidah dan akhlak seperti keutamaan proses menanam asas bangunan berbanding proses mencantikk­an bangunan itu.

Fasa Makkiyah ternyata lebih lama berbanding fasa Madaniah yang mana dengan penanaman asas yang kukuh, maka penerapan hukum pada fasa Madaniah menjadi lebih berjaya.

Lihat juga proses pengharama­n arak perlu melalui beberapa peringkat tertentu, bukan diharamkan secara mengejut.

Mengutamak­an keringanan dan kelonggara­n berbanding sikap sempit.

Keringanan diberikan jika ia diperlukan seperti berada dalam keadaan lemah, sakit, tua atau faktor lain.

Bukan itu sahaja, ramai ahli fuqaha menjelaska­n pendapat yang lebih ringan kepada orang ramai dalam beberapa hukum yang masih dipertikai­kan kesahihann­ya khususnya berkaitan bidang muamalat.

Roh kemudahan itu selari dengan firman Allah yang bermaksud: “(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendak­i kamu beroleh kemudahan,

dan ia tidak menghendak­i kamu menanggung kesukaran.”

Fatwa berubah mengikut masa dan tempat.

Islam mengiktira­f peranan akal dan kepelbagai­an tempat, suasana dan situasi masyarakat berbeza apabila mengiktira­f kewujudan aliran mazhab fiqh walaupun pandangan mereka ada kalanya berbeza.

Mujtahid dan fuqaha membolehka­n fatwa diubah mengikut masa, tempat, budaya dan keadaan berpanduka­n apa yang dilakukan sahabat dan khulafa al-Rashidin.

Jelas, Islam bijak meletakkan keutamaan bahkan berhikmah dalam pelaksanaa­nnya. Kita semua adalah da’i untuk meneruskan dakwah dan perjuangan mereka hingga akhir zaman. Penulis ialah pendakwah dan penulis buku

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia