Harian Metro

Perut dicucuh api rokok TETAK 25 KALI

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

Seorang kanak-kanak perempuan dipercayai didera ibu kandungnya selepas terdapat kesan cucuhan api rokok di perutnya dalam kejadian di Kampung Cacar Baru, Paka di sini.

Kejadian menimpa mangsa berusia empat tahun itu disedari nenek saudaranya berusia 40 tahun kira-kira jam 5 petang pada 31 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun Superinten­dan Baharudin Abdullah berkata, nenek saudaranya sebelum itu mengambil mangsa dan adik lelakinya berusia dua tahun di rumah suspek berusia 25 tahun pada Januari lalu.

Menurutnya, wanita terbabit mengambil keputusan menjaga dua beradik itu di rumahnya di Jalan Beruas, Kampung Bukit Merah, Paka kerana mendakwa dua beradik itu sering didera suspek.

“Sepanjang tempoh itu, wanita bekerja di kedai makan akan menghantar dua beradik itu ke rumah suspek jam 8.30 pagi dan mengambil mereka semula pada jam 5 petang selepas selesai bekerja.

“Bagaimanap­un, wanita terbabit terkejut apabila mendapati terdapat kes cucuhan api rokok pada bahagian kiri perut mangsa dipercayai akibat perbuatan suspek.

“Mangsa kemudianny­a dibawa ke Klinik Kesihatan Paka pada semalam (kelmarin) untuk rawatan sebelum doktor menasihatk­an mangsa dibawa ke Hospital Dungun bagi pemeriksaa­n lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Suspek utama yang dipercayai menetak rakannya sehingga maut di Batu 5, Jalan Kampung Jawa, Shah Alam, petang kelmarin didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, ujian saringan air kencing menunjukka­n suspek yang berusia 35 tahun itu positif dadah jenis Methamphet­amine atau syabu.

Menurutnya, polis menahan lelaki berkenaan di sebuah rumah di Taman Sentosa, Klang, pada jam 11.02 pagi semalam.

“Polis menahan adik suspek berusia 33 tahun pada jam 1.20 pagi tadi yang membawa kepada penahanan suspek utama kes berkenaan.

“Turut dirampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang digunakan ketika kejadian. Siasatan mendapati motosikal itu didaftarka­n di bawah nama adik kepada suspek utama,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini.

Baharudin berkata, polis turut merampas sebilah parang berukuran 61 sentimeter

 Lelaki bunuh rakan didapati positif syabu

yang dibuang ke dalam parit berdekatan rumah suspek dan dipercayai digunakan untuk menetak mangsanya.

Beliau berkata, polis percaya mangsa dan suspek saling mengenali selain turut terbabit di dalam aktiviti penagihan dadah.

“Suspek utama mempunyai pelbagai rekod jenayah membabitka­n samun serta dadah dan dibebaskan pada November tahun lalu,” katanya.

Katanya, hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang mendapati mangsa ditetak sebanyak 25 kali di bahagian muka, badan dan kaki termasuk lapan kesan tetakan serius.

“Siasatan lanjut masih diteruskan mengenai motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mangsa ditemui mati akibat ditetak dengan parang oleh seorang individu dipercayai rakannya di Batu 5, Jalan Kampung Jawa, di sini.

 ??  ?? BAHARUDIN (kiri) menunjukka­n rakaman video suspek memegang parang panjang.
BAHARUDIN (kiri) menunjukka­n rakaman video suspek memegang parang panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia