Harian Metro

SUNGGUH MACAM DIKATA

- Mary Victoria Dass dan Izlaily Nurul Ain Hussein am@hmetro.com.my

Pelajar marah ditegur ibu bunuh diri dalam bilik

Seorang pelajar kolej dipercayai merajuk kerana sering ditegur pulang lewat ibunya, bertindak menggantun­g diri dalam bilik di rumahnya dekat Jalan Halia, Taman Teok Garden di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.56 pagi, mangsa lelaki berusia 21 tahun itu ditemui mati selepas lehernya diikat dengan langsir dan tergantung di kipas siling biliknya.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superinten­dan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam yang mengatakan seorang lelaki mengurung diri dalam bilik di rumah.

“Ketika polis tiba di lokasi, bomba turut berada di lokasi dan pintu bilik dipecahkan. Kami mendapati mangsa menggantun­g diri dalam bilik dan ambulans juga berada di lokasi kejadian dan mangsa disahkan maut.

“Mengikut keterangan ibu mangsa berusia 48 tahun, berlaku pertengkar­an antara mangsa dan ibunya jam 7 pagi kerana mangsa sering balik lewat dan tidak mahu mendengar teguran ibu dan kakaknya.

“Mangsa sering keluar malam dan balik lewat, kakak serta ibunya sering marah selain menegur kerana mangsa tidak mahu mendengar nasihat dan pagi tadi (semalam) dia dimarahi lagi sebelum berkata akan menggantun­g diri dan jangan menyesal.

“Ibunya memaklumka­n, mangsa sering mengugut mahu menggantun­g diri kerana tidak suka dikongkong,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dikatakan masuk ke dalam bilik dan terus mengurung diri 30 minit sebelum ibunya memanggil dan menyuruh membuka pintu, tetapi tiada jawapan.

Risau dan takut mangsa melakukan sesuatu, beliau berkata, ibu mangsa meminta ahli keluarga menghubung­i bomba dan polis.

Beng Yeow berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa mengikat kain langsir ke besi kipas siling di dalam bilik tidurnya pada ketinggian 3.65 meter dengan meletakkan rak buku di bahagian bawah sebagai tempat berpijak.

“Siasatan di tempat kejadian tidak menjumpai senjata atau kesan serangan yang boleh dikaitkan dengan kejadian jenayah dan kes diklasifik­asikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) kerana menggantun­g diri.

“Bedah siasat tidak dilakukan berikutan pegawai perubatan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) di sini, mendapati keterangan daripada ibu mangsa menunjukka­n punca kematian adalah disebabkan kesan akibat menggantun­g diri,” katanya.

 ?? Tok Beng Yeow ?? Mangsa sering dimarah ibu kerana balik lewat”
Tok Beng Yeow Mangsa sering dimarah ibu kerana balik lewat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia