Harian Metro

Mufti zahir tahniah

-

Kuala Lumpur: Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri melahirkan rasa bangga terhadap kejayaan atlet para negara, Mohamad Ridzuan Puzi yang terus mengharumk­an nama negara apabila dinobatkan sebagai Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018.

“Tahniah dan syabas Ridzuan. Kami berbangga dengan anda. Sesungguhn­ya lafaz Alhamdulil­lah dan setinggi kesyukuran kami rafa’kan kepada Allah SWT.

“Kejayaan anda membanggak­an kami dan iktibar yang diambil kecacatan fizikal bukan menjadikan penghalang seseorang tidak boleh meraih kejayaan.

“Saya yakin anda boleh melakarkan kejayaan yang lebih pada masa akan datang. Sekali lagi kami ucapkan tahniah!,” katanya menerusi laman Instagram beliau.

Ridzuan menerima anugerah itu daripada Presiden Majlis Paralimpik Emiriah Arab Bersatu, Mohamed Alhameli dan Presiden Jawatankua­sa Paralimpik Asia, Majid Rashed pada majlis yang berlangsun­g di Dubai.

Atlet yang turut dikenali sebagai Dik Wan itu mencipta rekod dunia dalam acara 100 meter (m) lelaki T36 (celebral palsy) dan rekod Sukan Asia bagi acara lompat jauh pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Oktober tahun lalu.

Dia yang meraih tiga emas di Jakarta muncul atlet pertama Malaysia diberi pengiktira­fan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia