Harian Metro

Beg dicuri, Alvin hilang RM6,000 di London

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong kerugian lebih RM6,000 selepas begnya dicuri ketika bercuti di London, kelmarin.

Pelakon drama Awak Suka Saya Tak ketika dihubungi Harian Metro semalam berkata, kejadian berlaku ketika dia mengambil gambar kenangan di Menara Jambatan London.

“Saya meletak beg di belakang kaki dan dalam tempoh tidak sampai 30 saat, sebaik saja tunduk serta menoleh untuk mengambil beg, ia sudah tiada.

“Saya kehilangan pasport, wang tunai dalam mata wang euro, dolar Amerika Syarikat, dolar Singapura, pound sterling dan ringgit Malaysia yang disimpan di dalam beg,” katanya.

Alvin berkata, sejurus kehilangan dia terus ke pejabat kedutaan Malaysia di London untuk membuat laporan kehilangan pasport dan permohonan baru.

“Terima kasih kepada pihak kedutaan Malaysia yang banyak membantu dan memudahkan urusan saya untuk mendapatka­n pasport baru,” katanya.

Alvin berada di London selama tiga hari untuk bercuti sempena meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama rakannya yang menetap di sana.

“Ya, memang saya tutup ruangan komen di Instagram (IG) untuk gambar percutian baru-baru ini yang dimuat naik.

“Saya tutup kerana malas nak layan komen yang tidak sepatutnya,” kata pelakon jelita, Reen Rahim.

Terdahulu, Reen, 31, dikatakan bercuti di Pulau Langkawi tampil berani memuat naik beberapa gambar solonya dalam percutian itu yang terlalu seksi. Menurut pelakon

 ??  ?? ALVI N
ALVI N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia